Thursday, February 5, 2009
Sultan dimohon tidak izinkan penubuhan "kerajaan kaki rasuah"
"Jika Sultan mengizinkan penubuhan kerajaan Perak dengan cara seperti itu, ia bukan sahaja dibimbangi akan mencemarkan nama baik istana malah ia akan memberi kesan kepada pertuduhan rasuah ke atas Jamaluddin (Mohd Radzi) dan Mohd Osman (Mohd Jailu).
"Sebagaimana yang diketahui Sultan Perak sendiri, Jamaluddin dan Mohd Osman akan menghadapi tuduhan rasuah dan tindakan mereka menyokong BN walaupun sebagai ADUN Bebas dilihat sebagai usaha untuk membolehkan tuduhan ke atas mereka digugurkan,"
Jika tuduhan ke atas mereka digugurkan, adalah dibimbangi rakyat akan melihat tuduhan ke atas mereka digugurkan berikutan persetujuan istana membenarkan BN membentuk kerajaan melalui majoriti mudah hasil penyertaan kedua-dua ADUN yang dituduh rasuah itu.
"Jika perkara itu berlaku, adalah dibimbangi rakyat akan melihat istanalah yang membebaskan kedua-duanya dari tuduhan rasuah.
"Semua pihak maklum, jika mereka masih berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR), tidak mungkin tuduhan ke atas mereka digugurkan,"
Saya memohon Sultan Perak agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan baginda dituduh mengizinkan "penubuhan apa yang didakwa sebagai kerajaan kaki rasuah".
"Malah istana juga mungkin dituduh membiarkan dua orang yang dituduh rasuah berada dalam gerombolan yang memerintah Perak melalui apa yang dilihat sebagai tindakan merasuah juga - malah turut dilihat menggunakan ugutan untuk membentuk kerajaan.
Tuesday, February 3, 2009
Saya tidak terkejut BN pancing RM50 juta
Sebelum ini Umno dan Barisan Nasional (BN) pernah cuba membeli calon PAS di Johor dan terdapat bukti di mana BN melakukan perkara yang sama di Sabah.
"Perkara ini satu amalan biasa bagi Umno dan BN. Suatu masa dahulu Adun PBS di Sabah di culik dan dikuarantin dan akhirnya BN dapat bentuk kerajaan di Sabah,"
Amalan ini , bukan perkara baru bagi Umno kerana pada tahun 1968, empat Adun di Kelantan pernah cuba dibeli tetapi tidak berjaya kerana hanya satu sahaja yang setuju lompat parti.
"Pada tahun 60an juga, akibat dari perbuatan Umno ini lah yang menyebabkan kerajaan PAS di Terengganu tumbang,"
Umno-BN sentiasa menggunakan pendekatan membeli wakil rakyat dengan membuat tawaran yang tinggi biarpun sudah tidak diterima rakyat.
Sehubungan dengan itu, saya mendesak agar ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat,Fauzi Muda segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kes ini dapat disiasat segera.
Saya juga ingin turut mendesak agar SPRM segera menyiasat Dato' Seri Najib Tun Razak kerana akuan bersumpah yang dibuat oleh Fauzi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa dakwaan tersebut berasas.
"Akuan bersumpah bukan satu perkara yang main-main dan SPRM perlu segera mengambil tindakan untuk menyiasat Dato' Seri Najib Razak,"
Ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujukkan supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.
Monday, February 2, 2009
Pakej Ransangan Kedua: Najib perlu bentang di Parlimen, elak kegagalan berulang
Saya berpendapat, langkah itu perlu bagi memastikan segala dasar dan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang gagal akibat salah urus dan tadbir tidak berulang lagi menyebabkan ekonomi negara bertambah parah.
"Kita tidak mahu pakej ini hanya 'dilingkari' dan 'dimanfaatkan' oleh Umno dan BN serta kroninya sahaja sedangkan ianya perlu mendapat pandangan semua pihak termasuk pembangkang yang mewakili suara rakyat.
"Kita tidak mahu lagi tradisi Umno-BN yang terus melaksanakan tanpa mengambil kira pendapat semua dan bila gagal, pakej lain diperbaharui lagi,"tidak menafikan pakej rangsangan amat penting dalam mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi selain mengatasi masalah pembuangan pekerja secara beramai-ramai serta mengatasi krisis ekonomi itu.
Namun pakej itu tidak dilakukan 'bersendirian' seperti sebelumnya yang hanya mengambil kira pandangan kerajaan BN semata-mata yang menyebabkan perubahan tidak berlaku.
Isu suntikan pemulihan saham RM5 billion oleh KWSP kepada Valuecap juga gagal termasuk bail-out kepada syarikat-syarikat tertentu.
"Berapa banyak pakej yang dilakuan secara sendiri-sendiri oleh BN sebelum ini yang akhirnya gagal dan tidak mendapatkan perubahan. Kita mahu semua pihak terlibat memberi input dalam menjana ekonomi negara yang lembap ini," .
"Ini bukan masanya untuk memikirkan kepentingan survival politik. Isu ekonomi merentasi sempadan politik dan melibatkan kepentingan seluruh rakyat dalam negara,"Jika perlu, satu sidang khas Parlimen sebelum 16 Februari dibuat selama dua hari bagi semua ahli parlimen membincangkan secara serius dan terperinci supaya pakej ini tidak dilakukan secara terburu-buru dan mengakibatkan kegagalan seterusnya menenjajaskan ekonomi negara.
Tubuh suruhanjaya siasat kes Kugan - PAS
"Dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti inilah menunjukkan adanya masalah-masalah dalam polis. Berlakunya pelanggaran peraturan undang-undang kemanusian dan sebagainya yang dilakukan pihak polis.
"Berdasarkan pengalaman saya dimasukkan ke dalam lokap, polis menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dan saya percaya ini tidak sewajarnya dilakukan. Polis menggunakan kaedah pemaksaan dan penyeksaan sedangkan orang itu hanya orang yang disyakki. Seharusnya polis tidak boleh buat apa yang boleh menyiksa fizikal tahanan,"Saya tegaskan agar prosedur penyiasatan itu harus dikaji daripada segi kepercayaan daripada sudut penyiasatan, tiada bentuk pemaksaan dan tekanan serta seksaan ke atas orang yang disiasat.
Tuesday, January 27, 2009
LCCT Labu: Sime Darby bohong atau Najib bohong?
"Contohnya, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sime Darby menyatakan cadangan pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan sedangkan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) pula menyatakan kerajaan belum membuat sebarang keputusan tentang status pembinaan LCCT itu,"
"Siapa yang berbohong? Sime Darby atau Najib?"
"Sime Darby dan Air Asia yang akan memanfaatkan LCCT Labu, jika ia disiapkan nanti, bertanggungjawab kepada rakyat untuk mengemukakan dokumen yang membuktikan bahawa kerajaan telah memberi lampu hijau untuk pembinaan tersebut,"
Jika dokumen tersebut gagal dikemukakan dan jika betul belum ada sebarang keputusan seperti yang dinyatakan oleh Najib, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Sime Darby semuanya mesti meletakkan jawatan berikutan kenyataan bohong atas nama Sime Darby itu.
"(Tun) Musa Hitam adalah orang yang pertama mesti meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby. Mereka semua bertanggungjawab atas pembohongan Sime Darby itu,""Sebab itu mesti meletakkan jawatan. Pembohongan GLC memalukan negara kerana ia memberi gambaran tahap akauntabiliti dan kebolehpercayaan yang begitu rendah dalam sektor ekonomi dan perniagaan dalam negara ini.
"Kalau GLC pun berbohong, tindakan itu pasti menakutkan pelabur untuk melabur dalam negara ini. Berbohong pula kepada Bursa Malaysia.
"Kalau GLC boleh berbohong kepada Bursa Malaysia dan Suruhanja Sekuriti pula tidak bertindak segera, ia pasti menjadikan tahap kebolehpercayaan terhadap sektor ekonomi dan perniagaan negara ini di kalangan para pelabur jatuh merudum,"Antara pemegang saham dalam Sime Darby ialah Skim Amanah Saham Bumiputera, Permodalan Nasional Berhad, Felda, Amanah Saham Wawasan 2020, Kumpulan Wang Persaraan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Sekim Amanah Saham Nasional, Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan Yayasan Pelaburan Bumiputera.
Jika Sime Darby tidak berbohong, ia membuktikan Najiblah yang sebenarnya berbohong.
"Semua pihak tahu, cadangan pembinaan LCCT Labu itu mendapat bantahan banyak pihak. Jika Najib berbohong untuk meredakan bantahan umum dan mendakwa kerajaan beliau membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, beliau mesti meletak jawatan,"
"Ketika rakyat Kuala Terengganu memberikan undi tidak percaya kepada beliau yang memimpin kempen Barisan Nasional (BN) di situ dan selepas itu jika Najib berbohong pula untuk melindungi keputusan salah kerajaan yang turut dipimpinnya, beliau tidak ada sebab lagi untuk tidak meletak jawatan.
"Negara ini tidak mampu lagi menghadapi penganiayaan demi penganiayaan pemimpin pembohong. Jika Najib berbohong, beliau mesti berundur!"