Wednesday, March 31, 2010

Tuesday, March 30, 2010

Apco: PAS cadang Majlis Raja-Raja campur tangan

Saya mencadangkan Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam inisiatif kerajaan melantik Majlis Penasihat Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) sebagai syarikat perundingan total kepada komunikasi negara.

Cadangan sedemikian penting kerana dengan partisipasi syarikat yang dikaitkan dengan jaringan Zionis-Israel, meletakkan tahap keselamatan negara dalam bahaya.

"Selain mengusahakan tubuh Suruhanjaya Diraja, Majlis-Majlis Raja Melayu juga perlu campur tangan kerana isu ini secara tak langsung membabitkan kepentingan negara, kepentingan Islam.

"Isu ini adalah isu yang serius kerana berkiatan keselamatan negara dan boleh menjadi ancaman pada keamanan negara,"

kerajaan mustahil membekalkan maklumat biasa berkaitan tanah air kerana fungsi sebenar Apco adalah menguruskan komunikasi strategik ke atas rakyat.

Seperti suatu syarikat komunikasi antarabangsa yang pernah menjual maklumat strategik kepada Amerika ketika meletusnya Perak Teluk di Asia Barat, tidak mustahil perkara demikian berulang di Malaysia.

Friday, March 26, 2010

Apco serlahkan Umno tali barut Israel

Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel.

Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel. "Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco),"

Tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,”

Saya rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih,"

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Tuesday, March 23, 2010

Pelacur Politik dan kuman Siplis

Tuanku Yang DiPertuan Agong didalam titah perasmian telah mengingatkan Ahli Parlimen supaya menjaga adab dalam perbahasan. Baginda kecewa sikap sesetengah Ahli Parlimen yang tak dapat menjadi contoh yang baik semasa berbahas dalam sidang Parlimen. Saya tak pasti apa dan siapa yang dimaksudkan.Tetapi apabila membicarakan soal adab dan kesopanan kita tidak boleh hanya melihat tingkah laku sesaorang ahli Parlimen ketika berbahas,sedang tingkah laku tindakkan Ahli Parlimen diluar dewan juga merupa perkara penting untuk dinilai .Contohnya soal hubungan dengan rakyat,soal amanah dari mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat termasuk melompat parti suatu perbuatan bukan sekadar tidak sopan tetapi mencabuli amanah rakyat. Tindakkan itu juga telah mencemar nama baik Dewan Parlimen.

Parlimen tak boleh mengizinkan Ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat. Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah .Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat bukan atas nama diri mereka. Mereka bolih untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan Ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat.Kepada pelacur politik seperti Zaharin dan rakan sewaktu dengannya jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siplis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen P.Sena.
19 march 2010.

Wednesday, March 10, 2010

semasa di karnival KEDAH SEJAHTERA..









Ceramah bersama Ahli Parlimen Macang dan Setiausaha Agung PKR.. iaitu YB Saifuddin Nasution serta YAB Ketua Menteri Pulau Pinang En Lim Guan Eng pada hari pertama karnival dilangsungkan...


|
|
|
|










Ceramah bersama YB Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Kerai
dan Bendahari PAS Pusat..turut serta bersama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat PKR pada hari ketiga
karnival..Ribuan muslimin dan muslimat yg hadir pada malam tersebut..
turut serta keluarga
saya sendiri..











Monday, March 8, 2010

PAS tidak perlu Zulkifi

“Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,”

Keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama,"

Sekiranya PAS menerima Zulkifli, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.

Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.

"Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.

“Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,”

Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, saya menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri.

Zulkifli yang dilihat acapkali bersikap provokasi, tidak beretika menurut prinsip organisasi serta tidak dilihat bersikap toleransi dengan penganut agama-agama lain sebelum ini, membolehkan PAS sendiri dilihat serong kelak.

“Dia dilihat cukup provokatif dalam isu kalimah ‘Allah’ umpamanya, kadang-kadang dilihat begitu 'mengganggu' muafakat Pakatan Rakyat (atas nama) Melayu, sedangkan Islam tidak mengajar sedemikian (dan) PAS pula adalah parti yang toleransi lagi (bersikap) sederhana dengan semua kaum dan penganut agama sebagaimana yang ditunjukkan (oleh) Nabi Muhammad s.a.w.”

PAS seharusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya mengikut kaedah yang disarankan menurut disiplin ilmu Islam.

“Seingat saya, Islam ada ajar kita ‘menolak kemudharatan itu lebih baik dari mengambil maslahah (kebaikan)’ (maka) kalau dia (Zulkifli) ini kita boleh anggap sebagai suatu mudharat (disebabkan) tidak disiplin dalam PKR, apakah jaminan kebaikan yang PAS akan dapat kalau dia sertai kita (PAS),”.

“Kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat sedikit sebanyak pun turut terganggu dari segi organisasi walaupun dia (Zulkifli) sebelum ini bermasalah dalam PKR, kalau dia duduk dalam PAS (maka) lebih-lebih lagilah,”

Pun begitu, saya menganggap masalah disiplin Zulkifli hanya masalah berkaitan organisasi parti semata-mata.

“Masalah dia ini (adalah) masalah berkaitan organisasi parti, maka saya anggap masalah disiplin dia setakat itu saja, tak lebih dari itu.

“Etika dalam parti penting bagi saya, (maka) elok PAS menerima pemimpin yang berdisiplin saja,”

Tuesday, March 2, 2010

Umno/Bn Parti tong sampah dan Parti Tong najis.

Pengistiharan bekas TKM 1 P.Pinang Fairus keluar dari Parti Keadilan dan menyertai UMNO serta pengumuman bekas s/usaha agong dan pengumuman Ahli Parlimen Nibong Tebal keluar dari Keadilan adalah satu proses pembersihan dalaman Parti Keadilan dan gabungan Pakatan Rakyat.PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu,bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden Pas dan pimpinan tertinggi yang termasuk para Ulamak meninggalkan PAS. Namun PAS terus mantap dan maju dengan didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas.

Proses ini membuktikan parti parti kompnen Pakatan Rakyat(PR) hanya layak didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan rakyat yang berteraskan kebenaran dan keadilan. Ini adalah nutral proses yang tak mampu dilakukan oleh proses organisasi. Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam dalam niat dan agenda sebenar sesaorang.Tetapi proses alam semulajadi(Sunattullah)yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan Parti dari pengkhianat perjuangan rakyat.

Kemasukkan Firdaus dalam umno dan pengistiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas dan menyempurnakan agenda umno/Bn membuktikan umno/bn adalah" PARTI TONG SAMPAH DAN TONG NAJIS"yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis didalamnya.sebelum ini umno/bn bekerjasama dengan tiga adun perak yang dituduh olih umno/bn sebagai perasuah.Mereka ini keluar dari PKR dan DAP sokong umno/bn untuk merampas kerajaan PR Perak.umno/bn sanggup bersekongkol dengan orang rendah moral untuk kepentingan politik singkat mereka.

Dengan keluarnya mereka akan mengwujudkan suasana persekitaran pkr dan pr yang lebih baik. Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari sarang pengkianat perjuangan rakyat.Pengkianat perjuanggan rakyat hanya layak bersama parti tong sampah dan tong najis umno/bn.Saya harap mana mana mereka yang keluar dari PKR dan PR yang dipilih sebagai wakil rakyat atas nama PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka seperti mana yang telah dilakukan terlebih dahulu olih Fairus dengan melepaskan jawatannya sebagai adun.

Kepada rakyat saya yakin mereka tidak menghirau dengan perkembangan yang berlaku,kerana PR bukan milik beberapa kerat pemimpin yang lari tetapi PR adalah milik rakyat semua.Walaupun seribu pemimpin yang pergi namun perjuangan rakyat tetap diteruskan.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Paerlimen Pokok Sena.
1 march 2010

Monday, March 1, 2010

Nazir Razak 40 terkaya diMalaysia, CIMB sapa punya

Baru baru ini majalah Malaysian bisnes menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya.Penyeneraian ini dibuat berdasarkan kaji selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai dipasaran saham pada 15 januari 2010.

Apa yg menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yg terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak. Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group dimana beliau sebagai ketua pegawai eksekutif. Seperti yg dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau didalam syarikat yg tersenarai dibursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentu lah CIMB Group.

Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan(GLC). Datuk Nazir ialah ketua pegawai executif CIMB group. Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. kalau mengikut kaedah yg diguna untuk mengenal pasti kekayaan sesaorang berdasarkan pegangan syer didalam syarikat yg tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memilikki sejumlah pegangan didalam CIMB group.

Isunya apa status CIMB sekarang. Adakah masih sebagai syarikat kaitan kerajaan.Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra.Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majorati atau sekadar golden syer.Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yg dimiliki olih adiknya Nazir dan bila pegangan itu diperolihi serta darimana pegangan itu diperolihi.Adakah pegangan itu diperolihi dari pegangan kerajaan.Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya diMalaysia dengan jumlah kekayaan rm385 juta.pelik bin ajaib.

Dato,Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.