Wednesday, February 24, 2010

Kalau kerajaan kreatif, tahi manusia pun boleh jadi tenaga

Walaupun kabinet petang tadi dilaporkan tidak membuat keputusan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik atau tidak,saya masih ingin menasihatkan kerajaan supaya tidak meningkatkan tarif elektrik kerana kenaikan tarif tersebut bakal membebankan rakyat kebanyakan.

Kerajaan tidak seharusnya berfikiran simplistik menaikan tarif elektri disebabkan kenaikan bahan bakar di peringkat antarabangsa.

“Walaupun kos bahan bakar sedunia (seperti) minyak, gas dan arang kian meningkat, kalau kerajaan (dan) TNB kreatif, mereka tak perlu menaikan tarif elektrik,”

Teroka tenaga hidro dan angin

Kretiviti dalam pengurusan sumber tenaga tersebut, termasuk meneroka sumber tenaga yang baru atau tenaga yang diperbaharui seperti tenaga hidro.

“Saya akui memang kerajaan telah pun menjana tenaga Hidro seperti di Bakun, Bakun dan dua tiga empangan yang lain, bagaimana dengan sungai yang begitu banyak di Malaysia.”

“Tak cukup kerajaan bina empangan di Sungai Balui (Sarawak) saja, bagaimana dengan sungai-sungai yang begitu banyak khususnya di Pantai Barat Semenanjung (Malaysia) kerana keperluan (pada) sumber tenaga lebih besar berbanding di (Kepulauan) Borneo.”

“Sekiranya kerajaan atau TNB sendiri kreatif, mereka akan membina janakuasa hidro kecil-kecilan atau tenaga angin untuk menampung keperluan sumber tenaga nasional,”

Dalam pada itu, saya ingin turut mengkritik cadangan kerajaan era Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad (dulu Datuk Seri) membina Empangan Bakun di Sarawak.

Dr. Mahathir sepatutnya membina empangan tersebut di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kerana keperluan perindustrian yang menggunakan sumber tenaga terbanyak menumpu di garis geografi tersebut.

Ekoran itu, saya tidak menafikan bahawa pemilihan Bakun itu mungkin untuk mencipta bajet perbelanjaan yang lebih tinggi untuk kroni-kroni tertentu dalam parti pemerintah.

“Tidak termasuk kos pembinaan empangan bakun yang bernilai RM6 bilion, beberapa pihak mendapat manfaat bernilai lebih kurang RM2 bilion lagi dalam projek menanam kabel elektrik di dasar Laut Cina Selatan hingga ke Tanjong Sedili (Johor) supaya elektrik boleh dibekalkan ke Semenanjung,”

“Kenapa tidak dibina terus empangan Pantai Barat Semenanjung saja, sebab itu saya tak mahu menafikan kalau ada yang mendakwa pembinaan Empangan Bakun tersebut untuk mengkayakan kroni-kroni tertentu saja.”

anaga Hijau

Selain meneroka tenaga hidro, saya menasihatkan kerajaan supaya menggalakkan penggunakan tenaga solar sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju.

Mengambil contoh negara Jerman, kerajaan mereka akan memberi insentif kepada rakyat yang menjana kuasa solar untuk keperluan harian.

“Maksimum kuasa yang boleh dijana (adalah) 6 megawatt sedangkan keperluan sumber tenaga harian kurang (dari) 1 megawatt...maka tenaga itu dijual semula kepada syarikat tenaga atau kerajaan yang memberi insentif.”

“Agak-agak rakyat di sana sanggup tak berbelanja lebih 20 ribu dolar suatu satu janakuasa solar yang mini, kalau pembayaran tersebut dilakukan secara ‘auto-sabsidi’ di mana lebih sumber kuasa solar yang dijana dikira sebagai bayaran balik.”

Di sampung itu, saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat yang menjana sumber kuasa memperkenal polisi-polisi sampingan supaya sesuai dengan budaya menggalakkan rakyat menggunakan tenaga dari kuasa solar.

“Mereka perkenal potongan harga 20 peratus hingga 35 peratus umpamanya pagi konsumer yang menggunakan sumber tenaga elektek anatar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi umpamanya untuk mengurangkan penggunaan ‘tenaga secara mendadak’ khususnya pada waktu berkerja.”

“Tengah malam sampai pagi, sekeluarga yang di rumah betul-betul menggunakan alat elektronik seperti mesin basuh, seterika, pendingn hawa dan sebagainya secara maksima kerana harga lebih murah, maka secara tak langsung mengurangkan mereka menggunakan tenaga pada siang hari atau waktu pejabat.”

“Kalau kos penyaluran mendadak (cost of Distribution) boleh dikurangkan, bermakna kos pengurusan tenaga pun boleh dikurangkan kerana kos ini merupakan salah satu faktor yang digunakan oleh TNB atau kerajaan dalam menentukan tarif elektrik semasa,”

Pengenalan Polisi Mampan’, iaitu polisi ‘menang sama menang’ tersebut sekaligus mengubah paradigma rakyat dan kerajaan dalam menggunakan sumber tenaga elektrik dan tenaga yang diperbaharui.

“Sekarang, penggunaan solar sudah menjadi suatu status di kalangan rakyat pertengahan, kerana rakyat mampu menggunakan (tenaga solar) kerana kerajaan sendiri mengiktiraf mereka dan memang kerajaan berjaya mengubah paradigme mereka dengan pengiktirafan itu,”

Membandingkan dengan kerajaan Jerman, saya menganggap kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai kreativiti dalam menangani masalah bahan bakar dunia yang kian meningkat, malah kerajaan juga gagal merancang polisi penggunaan tenaga yang diperbaharui seperti di semua negara dalam Kesatuan Eropah (EU).

“Kalau di negara-negara EU, memang kerajaannya mensasarkan 25 hingga 45 peratus penggunaan tenaga domestik pada tahun 2020 kelak mesti dari sumber tenaga yang diperbaharui, kita hanya ada Wawasan 2020 saja sebab kerajaan kita tidak kreatif dan TNB kita juga mungkin tidak kreatif,”

Di mana Bio-Diesel kerajaan?

“Dulu kerajaan bising dengan projek bio diesel sebagai tenaga alternatif, apabila bahan bakar dunia meningkat, di mana projek-projek ini untuk membantu TNB menguruskan sumber tenaga domestik,”

Saya akui bahawa kerajaan dan TNB terpaksa menanggung subsidi disebabkan harga arang batu sedunia yang kian meningkat,saya turut mencadangkan kerajaan menjana tenaga ‘bio ethanol menggunakan bahan buangan domestik.

“Kerajaan selalu kata mereka perlu beri subsidi lebih untuk arang batu dalam (mata wang) USD sedangkan mereka menanggu kos akhir yang lebih kerana rakyat membayar tarif elektri menggunakan mata wang RM (Ringgit Malaysia),”

“Tapi, kalau kerajaan guna tenaga bio ethanol, iaitu tenaga yang diperbaharui menggunakan hampas kelapa sawit, adakah perlu menggunakan USD lagi sedangkan ia boleh diperoleh di Malaysia sendiri.”

Kerajaan seharusnya menggunakan bio ethanol bagi menggantikan bio diesel kerana sumber tenaga yang diperbaharui itu boleh dijana menggunakan bahan buangan, sedangkan bio diesel adalah sebaliknya.

Saya juga meminta kerajaan menjalinkan hubungan dengan Mitsui Corp., iaitu syarikat janakuasa dari Jepun yang sekarang ini sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama-sama Sime Darby Berhad, iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menghasilkan Bio Ethanol menggunakan hampas kelapa sawit.

Kos Perbelanjaan

Bercakap tentang kos perbelanjaan (cost of financing) yang juga merupakan salah satu faktor dalam menentukan tarif elektrik semasa, saya turut mempersoal tindakan kerajaan memberi konsesi jana kuasa kepada Kumpulan YTL milik Tan Sri Francis Yeoh.

“Kenapa mesti beri konsesi janakuasa elektrik kepada Francis Yeoh dan janakuasa itu tiba-tiba dibina di Kerteh (Terengganu) sedangkan keperluan sumber tenaga terbanyak sebenarnya lebih diperlukan di Pantai Barat Semenanjung,”

“Adakah kedudukan janakuasa di Kerteh itu supaya memudahkan YTL mendapatkan sumber gas yang telah pun kerajaan subsidikan untuk YTL bagi menjana tenaga elektrik domestik.”

Demi meletakkan pusat janakuasa tersebut di Kerteh, saya juga turut memaklumkan bahawa kerajaan era 1980an dahulu telah pun memberikan RM800 juta wang rakyat kepada MRCB untuk menyalurkan sumber tenaga ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Lebih kurang RM800 juta digunakan secara membazir untuk memberi subsidi kepada YTL, sedangkan kerajaan hari ini berniat meningkatkan tarif elektrik dan menarik beberapa subsidi yang nyata membebankan rakyat,”

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan niat kerajaan dan TNB sebelum ini untuk membangunkan sumber tenaga yang diperbaharui dengan menggunakan nuklear.

“Baru-baru ini, kerajaan kata nak guna nuklear pula menggantikan arang batu, adakah kerana kos pembinaan prasarana yang begitu besar, lebih kurang RM4 bilion menyebabkan kerajaan dan pihak tertentu begitu berminat untuk menghabiskan wang rakyat,”

Tenaga Berteknologi Baru

Sekiranya kerajaan jujur mahu membangunkan tenaga alternatif berteknologi baru, saya juga ingin mencadangkan kerajaan supaya meneroka sumber tenaga hasil teknologi geothermal.

“Kalau kita guna nuklear yang ditanam dalam bumi, 20 tahun akan datang pun belum tentu akan hilang kesan radiaksi.”

“Kalau guna teknik geothermal iaitu tenaga dihasilkan dengan air yang diwapkan di perut bumi, ia lebih selamat untuk manusia,”

Kerajaan atau TNB juga boleh menjana tenaga ‘gassification’, iaitu tenaga yang diperbaharui menggunakan tinja manusia sekiranya kerajaan kreatif.

“Kalau (kerajaan) kreatif tahi pun boleh diperbaharui, tak perlu naik tarif elektrik.”

Wednesday, February 17, 2010

Umno tak layak urus ekonomi, GST

Saya mendesak kerajaan supaya menyelesaikan isu fundamental negara, iaitu kepincangan pengurusan ekonomi negara.

"(Kerajaan) tak perlu sebut nak laksana GST ikut negara maju sedangkan perkara yang paling fundamentalnya dalam negara kita di sini adalah urus tadbir ekonomi negara pincang dan gagal diatas oleh kerajaan,"

Kerajaan pincang dalam menguruskan tiga sumber pendapatan negara, pertama adalah cukai sama ada secara langsung dan tidak langsung, kedua adalah komoditi serta hasil bumi, dan ketiga, adalah pelaburan sama ada domestik atau luar negara.

Seperti di Malaysia, sebanyak 10 peratus rakyat membayar cukai pendapatan maksimum 30 peratus, sedangkan lebih 90 peratus yang lain tidak dikenakan cukai.

Saya melihat setiap rakyat tidak kira pembayar cukai atau sebaliknya tidak menikmati prasarana yang selesa seperti yang disediakan oleh sesebuah kerajaan di negara-negara yang menggunakan GST.

Salah satu punca berlakunya demikian adalah ketirisan belanjawan kerajaan sebanyak RM28 bilion, seperti yang terlapor dalam Laporan Audit Negara, Oktober lalu.

Natijahnya, kerajaan gagal memperbaiki sektor perkhidmatan seperti bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, perkhidmatan dan pengangkutan yang menjadi keperluan utama rakyat.

"Yuran sekolah ditingkatkan, pelajar-pelajar asrama diarahkan pulang Sabtu Ahad sebab pentadbiran sekolak dipaksa bayar bil air-elektrik...indeks jenayah meningkat, sektor perubatan tidak sempurna (berpunca oleh) angkara pengurusan ekonomi yang pincang (oleh) kerajaan,"

akyat di negara-negara maju seperti Perancis umpamanya, sanggup membayar GST kepada kerajaan kerana mereka yakin dengan integriti kerajaan dalam meningkatkan keselesaan hidup rakyat.

"Di Perancis, rakyat sanggup bayar GST kepada kerajaan sebab integriti kerajaan dan rakyat ditawarkan dengan perkhidmatan kesihatan, sekolah-universiti dan sebagainya sebagainya percuma."

"Bagi yang tidak berpeluang belajar di Universiti, kerajaan taja mereka belajar teknikal, supaya mereka jadi tenaga mahir yang bergaji boleh menikmati kehidupan secara selesa dan adil."

"Kerajaan bertanggungjawab meningkatkan kemahiran rakyat secara pendidikan dan teknikal supaya semua boleh bekerja, bergaji, mampu berbelanja dan sudah tentunya memberi pulangan (GST) pada negara."

Kerajaan sedaya-upaya meningkatkan keselesaan hidup, memperkasa kemahiran-pendidikan rakyat, mewujudkan peluang pekerjaan secara dinamik serta memastikan ekonomi negara diurus secara integriti kerana separuh dari keluaran dalam negeri kasar (KDNK) hasil GST yang dibayar rakyat.

"Takkan kerajaan nak urus tadbir negara sambil lewa kerana dari USD3 trilion pendapatan negara (KDNK) Perancis, lebih 52 peratus adalah hasil GDP,"

Inflasi tetap akan berlaku dalam sesebuah negara atas faktor-faktor yang lain seperti globalisasi; walaupun Malaysia tidak mengamalkan GST.

Bercakap tentang pengurusan komoditi dan hasil bumi pula, kerajaan terlalu bergantung pada hasil Petronas untuk perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.

"Lebih kurang 44.6 peratus atau RM67.8 bilion dari KDNK adalah hasil minyak dan belanjawan Malaysia terus defisit 13 tahun berturut-turut kerana sikap terlalu bergantung,"

Kerajaan seharusnya menguruskan hasil bahan mentah dan minyak negara secara inovasi, termasuk memperkasa sektor penyelidikan dan perkhidmatan. "Walaupun Brazil ada minyak, R&D (sektor penyelidikan dan pembangunan) kerajaan mereka berjaya menghasilkan 'gasahol' di mana hampasan tebu diperbaharui menjadi tenaga baru (bagi) menggantikan minyak untuk tampung 40 peratus penggunaan minyak oleh 140 juta rakyatnya,"

Sekiranya kerajaan bersikap inovatif, maka hasil kekayaan minyak akan disimpan dan dijana dalam rupa pelaburan hayat yang strategik untuk menampung kos pengurusan pendidikan, hospitaliti, sukan dan generasi, sebagaimana yang dilakukan oleh Norway.

Pengurusan ekonomi yang pincang oleh kerajaan termasuk tidak berupaya menghayati model ekonomi inovasi dengan mencipta kekayaan berasaskan sosio-politik negara.

"Sebagai sebuah negara yang aman, sekiranya Malaysia menyediakan hab simpanan minyak, ekonomi negara boleh dijana secara inovasi kerana negara-negara (pengeluar minyak) yang berkonflik tentu akan simpan minyak mereka di sini,"

Kerajaan juga seharusnya belajar dari Singapura dalam memperkasa bidang perkhidmatan sebagai sumber pendapatan negara.

"Tak payah ikut Singapura dalam melaksanakan GST saja, tapi kerajaan kena ambil contoh syarikat guaman di sana yang menjadikan rakyat di negara-negara Asia sebagai pelanggan mereka,"

Disebabkan konsep globalisasi perkhidmatan itu, mendorong kerajaan dan rakyatnya membuka firman-firma guamannya di seluruh Asia.

Konsep sedemikian diaplikasi kerana Singapura tidak ada hasil kekayaan bumi.

"Dia (Singapura) tak ada minyak, mineral, getah, sawit; maka dia kena perkasakan sektor perkhidmatan sebagai sumber pendapatan utama negara dia,"

Ekonomi inovasi turut menjadikan syarikat perindustrian makanan seperti Nestle berjaya mengaut keuntungan kasar USD75 bilion pada tahun 2007; walaupun syarikat dari Switzeland itu tidak mempunyai ladang teh, gandum dan kopi.

Ekoran itu, saya sekali lagi ingin mempersoal kemampuan kerajaan dalam mencipta kekayaan secara inovasi hasil bumi.

"Kita ada ladang teh, ladang buah-buahan, ladang bijirin, tetapi apa sudah jadi dengan projek kerajaan seperti Fama, Felda, Keda (dan) Mada,"

Bercakap soal pendapatan dari sektor pelaburan, saya membahagikan sektor itu pada dua iaitu modal insan dan materialistik.

Kerajaan perlu memperbanyak peluang pendidikan dan memperkasa kemahiran rakyat kerana dengan berbuat demikian akan mengangkat kualiti dan kebersaingan guna tenaga dalam sektor awam dan swasta.

"Kita jangan anggap apabila buruh kita dimahirkan atau ditingkatkan pendidikan mereka sekali pun, tak berguna sebab gaji kecil di Malaysia."

"Kalau buruh kita ini berintegriti, kreatif, berkualiti; adakah SPRM yang akan meminang kita; atau kita lebih berpeluang bekerja dengan tawaran gaji yang lumayan dari pelanggan-pelanggan Eropah, Singapura, Taiwan, Jepun...tak kira lah sama ada kita pergi bekerja di sana atau menawarkan satu-satu perkhidmatan secara maya dari Malaysia,"

Memulangkan pada rakyat sama ada untuk bersetuju dengan GST atau sebaliknya, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat lebih layak menggantikan Umno/BN dalam menguruskan ekonomi negara.

Monday, February 15, 2010

Berarak Maulud tapi rasuah dan tolak sunnah Nabi

Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakan Maulud Nabi di P.Pinang, sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR P.Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah olah kerajaan P.Pinang anti Islam.

Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.

Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa.

Berarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri.Itu baru s/usaha politik belum lagi menterinya.Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik.mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka.

Pada hal di Kedah perarakan Maulud dah dibatalkan sejak zaman regim UMNO perentah lagi.
Tak dak pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Dato sri Mahazir Khalid bekas MB kedah kenapa dia batalkan perarakkan Maulud.banyak lagi negeri negeri lain dibawah regim umno tak belarak pun.kenapa media arus perdana tak persoalkan.Nampak makin jelas media jadi ketuloi(barua)Umno.

Sekali lagi saya tegaskan kepada umat Islam Perarakkan Maulud tak salah tiada perarakan tak lah berdosa. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi. Yang salah dan berdosa bila rasuah,salah guna kuasa,adu domba dikalangan rakyat bergaduh,yang salah dan berdosa bila Umno lakukan provokasi supaya umat islam bakar Gereja,surau dan lempar kepala babi kedalam masjid.

Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia saya menyeru jauhi lah diri anda dari bahaya UMNO dan BN demi untuk keamanan kestabilan dan kesejahteraan.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas
Ahli Parlimen Pokok Sena.
15 feb 2010

Wednesday, February 10, 2010

Umumkan siapa yang jual Dan negara mana yang beli rahsia keselamatan dan pertahanan negara

Dato'Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Pembocoran dan penjualan tersebut dikatakan melibat pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia dan dijual kepada negara asing melalui kedutaan di Kuala Lumpur.

Kejadian ini sekali lagi mendedahkan betapa kelemahan yang sangat ketara pada sektor dan institusi pertahanan dan keselamatan negara selepas dalam tempoh dua bulan kita dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E dipasar malam antarabangsa.

Kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan raayat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara. Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Apatah lagi negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsia penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.

Berasaskan pada dua kejadian tersebut negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar. Dengan rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan yang dimiliki oleh negara asing sudah tentu mereka akan bertindak terhadap Malaysia. Kalau pun tidak dengan menyerang Malaysia tetapi dengan maklumat rahsia yang mereka ada sudah pun cukup untuk mereka mensabotaj Malaysia. Inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat dan terancam.

Malangnya kerajaan gagal merungkai segala kebimbangan yang sedang dirasai olih rakyat. Tiba tiba saja menteri Pertahanan Dato'Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik.

Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan.Raayat perlu diberi tahu siapa didalam Angkatan Tentera Malaysia yang menjual rahsiah penting tersebut. Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E. Rakyat juga perlu diberitahu negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara. Rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil oleh pihak Wisma Putra dan Kementah untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras. Adakah kes ini masih menjadi kes yang disiasat oleh Polis.

Saya mohon jawapan dan penjelasan segera dari pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rakyat dapat diubati. Penjelesan dan jawapan segera menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti Angkatan Tentera Malaysia.

"SELAMATKAN MALAYSIA DAN LINDUNGI LAH RAKYAT"

Dato,Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
10 Feb 2010

Tuesday, February 9, 2010

Tubuhkan segera Jawatakuasa khas Parlimen pemantauan kebinet hal ehwal keselamatan dan Pertahanan Negara.

1. Dalam mengulas isu kebocoran penjualan rahsia keselamatan negara saya meminta Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi dan kerajaan melihat isu berkenaan secara serius.Isu kebocoran dan penjualan rahsia keselamatan negara kepada kuasa asing serta ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Keselamatan Negara akan tetap berlaku jika sistem pemantauan Parlimen tidak dilaksanakan.

2. "dinegara-negara maju Parlimen digunakan untuk memantau keberkesanan pentadbiran kerajaan.Parlimen menubuhkan Jawatankuasa - Jawatankuasa bagi memantau setiap aspek pentadbiran negara. Apabila pihak Eksekutif mengambil maklum bahawa mereka dipantau, maka secara lansung Eksekutif akan membawa sikap 'always on their toes'.Eksekutif akan senantiasa memastikan bahawa pentabiran mereka siap siaga dan segala rekod,dokumen , minit mesyuarat serta aspek kawalan mereka akan sentiasa terbuka diperiksa oleh Jawatankuasa Pemantauan Parlimen.Malah menteri-menteri mereka sentiasa bersedia dipanggil untuk disoal jawab oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Parliment tersebut."

3. "Susah untuk berlakunya kecurian enjin jet serta kebocoran rahsia pertahanan dan keselamatan sekiranya Kementerian Pertahanan dipantau oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.Ini adalah langkah proaktif yang harus diambil agar persekitaran 'check and balance' sentiasa ujud bagi memastikan penyalahgunaan kuasa serta kelemahan dapat dibendung."

4. Saya mencadangkan agar dilaksanakan Audit(Management Audit) terperinci terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan KEMENTAH.Melalui Audit khas ini boleh dikenal pasti dimana kelemahan yang dapat diperbaiki.Biarlah lapuran audit tersebut dibentangkan di Parlimen dan selepas itu ditubuhkan Jawatankuasa Pemantauan kabinet Dalam Hal-Hal Keselamatan Negara dibawah Parlimen Malaysia. Jawankuasa ini ditugaskan untuk memantau Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri kerana kedua-dua kementerian ini melibatkan aspek-aspek keselamatan negara."

5."KDN juga harus dipantau kerana Perdanan Menteri telah meletakkan Pengurangan Kadar Jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama dalam 'road map' Government Tranformation Programme'.Kalau ada Jawatankuasa Pemantauan Kabinet Dalam Hal-Hal Keselamatan Negara (JPKHKN) sebagai 'pemantau' barulah kita dapat mengukur keberkesanan 'Government Transformation Programme' yang diwar-warkan oleh Najib.Barulah Parlimen dapat berperanan sebagai 'watch dog' kepada Eksekutif. Barulah kita dapat mengukur betapa seriusnya Najib dalam usaha transformasi ini.Kalau tidak ada pemantauan Parliment, maka kerja-kerja Eksekutif dalam mengurangkan kadar jenayah sebagai program Bidang Keberhasilan Utama adalah retorik semata-mata malah dah jadi penyakit syok sendiri'.

6. Cadangan saya mengenai Jawatankuasa Pemantauan Parlimen selaras dengan saranan yang pernah dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat,YB Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri pernah menyarankan agar ditubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Parlimen bagi memantau prestasi setiap kementerian."Timbalan Speaker sendiri yang menyarankan usul ini (seperti yang dilapurkan dalam akhbar TheSUN,11hbJanuari,2010).Ini menunjukkan Timbalan Speaker yang merupakan dari BN sendiri kurang yakin dengan prestasi yang dapat dicapai oleh Kerajaan BN tanpa pengawasan dan pemantauan Parlimen.Mungkin dia sedar bahawa program-program transformasi ini hanyalah sekadar retorik sahaja dan juga rencana syok sendiri.Sebab tu dia cadangkan penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Parlimen ini di tubuhkan supaya memberi kepastian agar Menteri-Menteri BN senantiasa 'on their toes'.Saya akan membawa usul Timbalan Speaker ini dalam Persidangan Parlimen yang akan datang",

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena
8 Feb 2010

Monday, February 1, 2010

Politik Biadab Nakal perjudi dan peralatkan rumah Ibadat bagi kepentingan politik jahat.

Peristiwa membakar surau dan melempar kepala babi didalam masjid adalah gambaran bagaimana persoalan emosi dan sentimen umat Islam cuba diprovokasi bagi membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap penganut agama lain kususnya kristian. Usaha ini dilakukan setelah kegagalan membentuk dan membangkitkan kemarahan umat Islam didalam peristiwa pembakaran gereja ekoran dari isu penggunaan kalimah Allah.

Penangkapan suspek dalam kejadian pembakaran gereja dan surau yang terdiri dari kalangan umat Islam dan kini melemparkan kepala babi kedalam masjid ternyata gagalnya pihak berkuasa agama Islam dan mereka yang punya kuasa dalam hal ehwal Islam memberikan kefahaman yang jelas betapa Islam sangat memuliakan rumah ibadat. Melemparkan kepala babi yang dibungkus dalam pelastik lutsinar adalah petunjuk ianya dilakukan oleh orang yang jijik dan haram dengan babi. Kalau ianya dilakukan oleh orang tidak jijik dan tidak haram dengan babi sudah tentu ianya tidak perlu diletakkan dalam plastik lutsinar. Kejadian tersebut ternyata berpunca dari kenakalan politik mengadudombakan rumah Ibadat bagi mencapai cita cita politik Biadab Nakal.

Tindak tanduk politik Biadab Nakal ini adalah berpunca apabila majorati rakyat pelbagai kaum dan agama menolak dan tidak lagi terpengaruh dengan kenakalan politik golongan ini. Lalu mereka melakukan percubaan yang mengharapakan umat Islam kembali berpayung kepada politik murahan Biadab Nakal bagi memastikan kelangsungan kuasa politik mereka.

Saya sangat kesal dan kecewa apabila pembakaran gereja,surau dan kini melemparkan kepala babi dengan menjadikan rumah ibadat sebagai alat untuk mencaturkan politik adu domba dan menjejaskan keharmonian hidup rakyat Malaysia.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bertanggungjawab menghenti dan menamatkan politik Biadab Nakal dan Usaha Memporakporandakan Negara Orang Malaysia.
"SELAMAT MALAYSIA"

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena