Friday, February 27, 2009

Hishammuddin, Khairy mesti buktikan mereka tidak tahu rancangan serang Karpal

Ketua dan Naib Ketua Pemuda Umno bertanggungjawab membuktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak tahu-menahu tentang rancangan ahli mereka bertindak ala-mafia dan menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

menuntut perkara itu dibuktikan kepada rakyat kerana semua pihak tahu bahawa ahli-ahli Umno biasanya tidak akan berani melakukan apa-apa tindakan yang dilihat mewakili parti itu tanpa kebenaran ketua mereka.

"Isunya sekarang bukan sahaja Pemuda Umno bertindak ala-gangster mafia menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam bangunan Parlimen, malah ia sekaligus merupakan serangan beramai-ramai ke atas seorang warga emas berumur 69 tahun yang kurang upaya.

"Sukar untuk dipercayai oleh rakyat bahawa tindakan menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam bangunan Parlimen boleh dilakukan oleh Pemuda Umno jika tidak diizinkan oleh ketua mereka.

"Sebab itulah Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naibnya Khairy Jamaluddin bertanggungjawab membuktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar tidak tahu mengenai rancangan ahli-ahli mereka untuk bertindak ala-gangster mafia di dalam bangunan Parlimen,"

Saya ingin mengecam tindakan Pemuda Umno meneruskan budaya gangster dan mafia dalam politik negara ini.

"Kita tidak pernah melupakan dan tidak pernah memaafkan tindakan Pemuda Umno yang ketika itu di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membakar emosi para penyokong parti itu sehingga bertindak ganas dan kejam dalam pilihan raya kecil Padang Terap yang mengakibatkan terbunuhnya Asy-Syahid Osman Talib.

"Rakyat negara ini tidak bacul untuk melihat begitu sahaja Pemuda Umno mengulangi apa yang dilakukan di Lubok Merbau itu diulang di tempat yang tertinggi dalam sistem demokrasi berparlimen negara ini iaitu di dalam bangunan Parlimen,"

Dalam tragedi ngeri ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap pada tahun 1985 itu, lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau.

Keganasan itu mengakibatkan Osman gugur syahid, tujuh petugas PAS cedera parah dan berpuluh yang lain cedera ringan. Kejadian berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi pada 19 Januari tahun tersebut.

Sebaik sahaja selepas kejadian itu, tempat tersebut dikawal ketat oleh pihak polis.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Pemuda Umno beramai-ramai menyerang orang kurang upaya berumur 69 tahun di bangunan Parlimen itu, saya ingin menyifatkan tindakan tersebut berpunca dari kekecewaan akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti itu.

"Mustahil Pemuda Umno tidak tahu mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kepada Karpal yang mengaitkan dua peluru yang diterimanya dengan mereka malah menyifatkan mereka sebagai celaka walaupun ditarik balik setelah diarahkan oleh (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar).

"Tetapi mereka sengaja bertindak ala ganster mafia mungkin kerana sudah tidak tahan lagi begitu tertekan dan kecewa akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti mereka.

"Tanyalah para pemimpin Umno lebih-lebih lagi di peringkat Pemuda di semua peringkat, berapa projek yang mereka ada sekarang? Mereka miskin projek sekarang dan merasa amat marah ketika kerajaan pusat kelihatan sudah tidak mampu lagi mewujudkan lebih banyak projek seperti projek kelas F yang khabarnya digunakan untuk menternak kroni-kroni,"

Dalam tunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn di mana terletaknya ibu pejabat Umno itu, ahli-ahli Umno yang marah kepada tindakan SPRM itu membawa sepanduk tertera mesej "Jangan ambil hak ahli Umno", "Kami menolak SPRM, boleh blah" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".

Saya berharap para pemimpin Umno bertindak segera membendung kemarahan ahli-ahli mereka. "Jika tidak, kita bimbang lebih banyak pihak akan diserang ala-gangster mafia oleh Pemuda Umno,"

Wednesday, February 25, 2009

Berbohong Satu Pengkhianatan

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.”
(Abu Daud)

Huraian
1. Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya.
2. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Oleh itu Islam menganggap perbuatan berbohong atau berdusta adalah satu perbuatan munafiq.
3. Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Monday, February 23, 2009

Najib punca istana diheret ke kancah politik

Saya ingin menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.

"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.

"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini.

Saya kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan. Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak

"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri? Image

"Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri,"

Saya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib. "Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral',"

Saturday, February 14, 2009

Rakyat anggap tarif elektrik yang baru memperbodohkan mereka

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas untuk menghentikan bebanan yang mesti ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyara penjana tenaga bebas (IPP) akan terus menyebabkan rakyat terbeban dengan kadar tarif elektrik yang tidak munasabah

"Penurunan kadar tarif elektrik baru-baru ini dianggap memperbodohkan mereka oleh rakyat berbanding dengan kenaikan mendadak sebanyak 26 peratus pada Julai tahun lalu.

"Ketika harga pasaran minyak dunia kini berlegar RM40 setong berbanding RM140 setong sebelum ini dan harga arang batu telah menurun sejajar kejatuhan harga minyak dunia, rakyat terus dipaksa membayar tarif elektrik yang tinggi kerana TNB terpaksa membayar sehingga RM12 bilion sebulan pada kepada IPP tidak kira sama ada tenaga yang dijanakan itu digunakan atau tidak,"

Pembayaran tersebut melibatkan hampir 70 peratus daripada jumlah pembayaran TNB dan "bukan TNB yang menanggungnya tetapi pengguna termasuk rakyat miskin yang terpaksa membayar tarif elektrik yang sengaja tidak dikurangkan pada kadar yang sewajarnya semata-mata untuk menanggung biawak hidup".

Sepatutnya jauh lebih rendah kerana permintaan pengguna sudah berkurangan 10 peratus sejak Disember tahun lalu. "Malah, TNB sendiri pernah mengumumkan kemungkinan penutupan dua janakuasanya kerana permintaan yang berkurangan tetapi pada masa yang sama poket dan hati rakyat terus disakiti semata-mata untuk membayar kepada IPP walaupun TNB tidak perlu langsung membeli kuasa yang mereka janakan,"

"Kerajaan sepatutnya mengemukakan rang undang-undang mengenai apa yang disebut 'unfair business and trade practices' untuk membolehkan perjanjian antara TNB dan IPP malah banyak lagi perjanjian lain yang merugikan rakyat dikaji semula,"

Rakyat anggap tarif elektrik yang baru memperbodohkan mereka

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas untuk menghentikan bebanan yang mesti ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyara penjana tenaga bebas (IPP) akan terus menyebabkan rakyat terbeban dengan kadar tarif elektrik yang tidak munasabah

"Penurunan kadar tarif elektrik baru-baru ini dianggap memperbodohkan mereka oleh rakyat berbanding dengan kenaikan mendadak sebanyak 26 peratus pada Julai tahun lalu.

"Ketika harga pasaran minyak dunia kini berlegar RM40 setong berbanding RM140 setong sebelum ini dan harga arang batu telah menurun sejajar kejatuhan harga minyak dunia, rakyat terus dipaksa membayar tarif elektrik yang tinggi kerana TNB terpaksa membayar sehingga RM12 bilion sebulan pada kepada IPP tidak kira sama ada tenaga yang dijanakan itu digunakan atau tidak,"

Pembayaran tersebut melibatkan hampir 70 peratus daripada jumlah pembayaran TNB dan "bukan TNB yang menanggungnya tetapi pengguna termasuk rakyat miskin yang terpaksa membayar tarif elektrik yang sengaja tidak dikurangkan pada kadar yang sewajarnya semata-mata untuk menanggung biawak hidup".

Sepatutnya jauh lebih rendah kerana permintaan pengguna sudah berkurangan 10 peratus sejak Disember tahun lalu. "Malah, TNB sendiri pernah mengumumkan kemungkinan penutupan dua janakuasanya kerana permintaan yang berkurangan tetapi pada masa yang sama poket dan hati rakyat terus disakiti semata-mata untuk membayar kepada IPP walaupun TNB tidak perlu langsung membeli kuasa yang mereka janakan,"

"Kerajaan sepatutnya mengemukakan rang undang-undang mengenai apa yang disebut 'unfair business and trade practices' untuk membolehkan perjanjian antara TNB dan IPP malah banyak lagi perjanjian lain yang merugikan rakyat dikaji semula,"

Osman Jailu berbohong, mahkamah perlu ambil tindakan tegas

Adun Changkat Jering, Kapt (B) Osman Jailu telah membohong kerana mengemukakan alasan palsu berikutan ketidakhadiran dalam perbicaraan kes rasuah di mahkamah

Osman melalui adiknya di mahkamah menyatakan beliau dimasukkan hospital kerana masalah kesihatan yang agak serius menyebabkan beliau tidak dapat hadir perbicaraan.

Sebaliknya sehari selepas kenyataan itu, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain menafikan bahawa Adun Changkat Jering telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini

Kenyataan ini jelas membohongi dan menghina mahkamah, selain Osman juga adalah antara Adun Bebas yang menyokong pembentukan kerajaan 'haram' BN di Perak

"Bagi saya beliau telah menipu mahkamah, beliau juga adalah orang yang telah konnonnya dipercayai Sultan Perak untuk bersetia menyokong BN dalam membentuk kerajaan BN di Perak.

"Orang yang begini sepatutnya tidak boleh dipercayai kerana diragui kebenarannya, Sultan perlu menimbang semula pengakuan beliau (Osman) ketika bersetuju membentuk kerajaan BN dengan rampasan kuasa di Perak,"

Tuesday, February 10, 2009

Isu derhaka: Umno dicabar bertindak ke atas Anuar Musa, PM Abdullah

BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Saya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

Tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah,"

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan

Ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu,"

Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Saya berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

Kerajaan 'haram' Perak jejas institusi Raja, hilang keyakinan pelabur

Semua pihak termasuk Sultan Perak Raja Azlan Shah dan Umno, mestilah menangani krisis Perak mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara bagi mengembalikan kestabilan politik negeri itu yang kian kusut dan tergugat.

Jika ianya tidak dilakukan maka imej institusi Raja akan tercemar di mata dunia malah keyakinan pelabur untuk menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi negeri ini akan turut terjejas.

"Jalan yang ada ikut undang-undang iaitu kembalikan mandat kepada rakyat dan membubarkan DUN ataupun adakan tiga pilihan raya kecil di Changkat Jering, Behrang dan Jelapang akibat Adun-adun yang berpaling tadah terhadap harapan rakyat,"

Dua kaedah ini sangat penting, supaya rakyat dan masyarkat antarabangsa yakin dengan pelaksanaan undang-undang dalam negara yang sewajaranya melindungi rakyat daripada sebarang ketidak-adilan.

"Jika undang-undang dilanggari, apa lagi yang tingggal kepada rakyat dan juga masyarakat pelabur yang mahu datang ke sini? Mereka tidak akan 'invest' kalau politik tidak stabil dan kerajaan sedia ada membelakangkan undang-undang.

"Ini sekaligus menjejaskan peningkatan ekonomi yang sudah sedia maklum makin merudum,"

Himpunan rakyat dan tunjuk perasan oleh Umno baru-baru ini untuk terus mempertahankan kerajaan haram Perak katanya jelas membuktikan, Umno sejak awal lagi sudah membelakang undang-undang dan sering menggunakan sentimen kuasa Raja-raja untuk meraih sokongan.

"Proses lantikan Menteri Besar sangat jelas dan termaktub dalam undang-undang dan bila Umno buat begini nyatalah dia melanggar undang-undang bukannya kita,"

Saya menyeru supaya institusi Raja-raja tidak mengiktiraf kerajaan 'haram' Perak dan mengembalikan semula kuasa memilih di tangan rakyat.

"Sangat penting Raja memberi mandat semula kepada rakyat, jika tidak ianya dilihat seolah-olah Ketua Negeri tidak lagi dapat melindungi dan memayungi rakyat jelata.

"Sultan mestilah bertindak atas sifat sebagai payung, penjaga negeri dan perlembagaan. Kita tidak mahu rakyat melihat seolah-olah Sultan menyebelahi pihak tertentu,"

Friday, February 6, 2009

Tiga Golongan Yang Dilaknat

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, “Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, Raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.”
(Muslim)

Huraian
Setiap perbuatan berdosa adalah dikira sebagai maksiat kepada Allah SWT. Orang yang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa laknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya. Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadith di atas melambangkan tentang besarnya kesalahan dan dosa yang dilakukan memandangkan perkara-perkara tersebut sewajarnya tidak berlaku pada orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan benar-benar menyedari hakikat diri mereka. Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu sekalipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling amat membenci dan mengutuknya.


Thursday, February 5, 2009

Sultan dimohon tidak izinkan penubuhan "kerajaan kaki rasuah"

Saya memohon agar Sultan Perak tidak mengizinkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan di Perak dengan mengheret dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadapi tuduhan rasuah untuk mendapatkan majoriti mudah.

"Jika Sultan mengizinkan penubuhan kerajaan Perak dengan cara seperti itu, ia bukan sahaja dibimbangi akan mencemarkan nama baik istana malah ia akan memberi kesan kepada pertuduhan rasuah ke atas Jamaluddin (Mohd Radzi) dan Mohd Osman (Mohd Jailu).

"Sebagaimana yang diketahui Sultan Perak sendiri, Jamaluddin dan Mohd Osman akan menghadapi tuduhan rasuah dan tindakan mereka menyokong BN walaupun sebagai ADUN Bebas dilihat sebagai usaha untuk membolehkan tuduhan ke atas mereka digugurkan,"

Jika tuduhan ke atas mereka digugurkan, adalah dibimbangi rakyat akan melihat tuduhan ke atas mereka digugurkan berikutan persetujuan istana membenarkan BN membentuk kerajaan melalui majoriti mudah hasil penyertaan kedua-dua ADUN yang dituduh rasuah itu.

"Jika perkara itu berlaku, adalah dibimbangi rakyat akan melihat istanalah yang membebaskan kedua-duanya dari tuduhan rasuah.

"Semua pihak maklum, jika mereka masih berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR), tidak mungkin tuduhan ke atas mereka digugurkan,"


Saya memohon Sultan Perak agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan baginda dituduh mengizinkan "penubuhan apa yang didakwa sebagai kerajaan kaki rasuah".

"Malah istana juga mungkin dituduh membiarkan dua orang yang dituduh rasuah berada dalam gerombolan yang memerintah Perak melalui apa yang dilihat sebagai tindakan merasuah juga - malah turut dilihat menggunakan ugutan untuk membentuk kerajaan.

Tuesday, February 3, 2009

Saya tidak terkejut BN pancing RM50 juta

Saya menganggap dakwaan mengatakan Timbalan Perdana Menteri menawarkan RM50 juta untuk wakil rakyat yang mahu melompat parti sesuatu yang tidak mengejutkan malah ia merupakan amalan biasa bagi Umno.

Sebelum ini Umno dan Barisan Nasional (BN) pernah cuba membeli calon PAS di Johor dan terdapat bukti di mana BN melakukan perkara yang sama di Sabah.

"Perkara ini satu amalan biasa bagi Umno dan BN. Suatu masa dahulu Adun PBS di Sabah di culik dan dikuarantin dan akhirnya BN dapat bentuk kerajaan di Sabah,"

Amalan ini , bukan perkara baru bagi Umno kerana pada tahun 1968, empat Adun di Kelantan pernah cuba dibeli tetapi tidak berjaya kerana hanya satu sahaja yang setuju lompat parti.

"Pada tahun 60an juga, akibat dari perbuatan Umno ini lah yang menyebabkan kerajaan PAS di Terengganu tumbang,"

Umno-BN sentiasa menggunakan pendekatan membeli wakil rakyat dengan membuat tawaran yang tinggi biarpun sudah tidak diterima rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya mendesak agar ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat,Fauzi Muda segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kes ini dapat disiasat segera.

Saya juga ingin turut mendesak agar SPRM segera menyiasat Dato' Seri Najib Tun Razak kerana akuan bersumpah yang dibuat oleh Fauzi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa dakwaan tersebut berasas.

"Akuan bersumpah bukan satu perkara yang main-main dan SPRM perlu segera mengambil tindakan untuk menyiasat Dato' Seri Najib Razak,"

Ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujukkan supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Monday, February 2, 2009

Pakej Ransangan Kedua: Najib perlu bentang di Parlimen, elak kegagalan berulang

PAS pada asasnya bersetuju cadangan untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonomi kedua oleh Menteri Kewangan Dato' Seri Najib Tun Razak akibat kegawatan masalah global itu namun ianya perlu dikemukakan di Parlimen bagi diperhalusi dan dibahaskan oleh semua pihak yang mewakili suara rakyat

Saya berpendapat, langkah itu perlu bagi memastikan segala dasar dan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang gagal akibat salah urus dan tadbir tidak berulang lagi menyebabkan ekonomi negara bertambah parah.

"Kita tidak mahu pakej ini hanya 'dilingkari' dan 'dimanfaatkan' oleh Umno dan BN serta kroninya sahaja sedangkan ianya perlu mendapat pandangan semua pihak termasuk pembangkang yang mewakili suara rakyat.

"Kita tidak mahu lagi tradisi Umno-BN yang terus melaksanakan tanpa mengambil kira pendapat semua dan bila gagal, pakej lain diperbaharui lagi,"

tidak menafikan pakej rangsangan amat penting dalam mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi selain mengatasi masalah pembuangan pekerja secara beramai-ramai serta mengatasi krisis ekonomi itu. Image

Namun pakej itu tidak dilakukan 'bersendirian' seperti sebelumnya yang hanya mengambil kira pandangan kerajaan BN semata-mata yang menyebabkan perubahan tidak berlaku.

Isu suntikan pemulihan saham RM5 billion oleh KWSP kepada Valuecap juga gagal termasuk bail-out kepada syarikat-syarikat tertentu.

"Berapa banyak pakej yang dilakuan secara sendiri-sendiri oleh BN sebelum ini yang akhirnya gagal dan tidak mendapatkan perubahan. Kita mahu semua pihak terlibat memberi input dalam menjana ekonomi negara yang lembap ini," .

"Ini bukan masanya untuk memikirkan kepentingan survival politik. Isu ekonomi merentasi sempadan politik dan melibatkan kepentingan seluruh rakyat dalam negara,"

Jika perlu, satu sidang khas Parlimen sebelum 16 Februari dibuat selama dua hari bagi semua ahli parlimen membincangkan secara serius dan terperinci supaya pakej ini tidak dilakukan secara terburu-buru dan mengakibatkan kegagalan seterusnya menenjajaskan ekonomi negara.

Tubuh suruhanjaya siasat kes Kugan - PAS

Apa yang lebih penting kerajaan meneliti cadangan penubuhan suruhanjaya pembaikan polis (IPCMC) yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Dzaidin.

"Dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti inilah menunjukkan adanya masalah-masalah dalam polis. Berlakunya pelanggaran peraturan undang-undang kemanusian dan sebagainya yang dilakukan pihak polis.

"Berdasarkan pengalaman saya dimasukkan ke dalam lokap, polis menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dan saya percaya ini tidak sewajarnya dilakukan. Polis menggunakan kaedah pemaksaan dan penyeksaan sedangkan orang itu hanya orang yang disyakki. Seharusnya polis tidak boleh buat apa yang boleh menyiksa fizikal tahanan,"

Saya tegaskan agar prosedur penyiasatan itu harus dikaji daripada segi kepercayaan daripada sudut penyiasatan, tiada bentuk pemaksaan dan tekanan serta seksaan ke atas orang yang disiasat.