Saya menyeru ahli dan perwakilan Umno memboikot pemilihan jawatan parti itu Mac ini berikutan barah rasuah yang berlaku dalam pencalonan.
"Ini senario paling parah dalam sejarah Umno, ini yang dilaporkan yang tidak dilaporkan kita tidak tahun berapa banyak lagi, dan ia mungkin melibatkan jutaan wang,"
"Rasuah ini boleh jadi dengan sogokan wang atau janji-janji kuasa atau projek oleh seseorang wakil kepada calon. Dalam Umno hal ini secara terang kini didedahkan pelbagai lapisan pemimpin parti,"
Kemungkinan Najib dan Abdullah terpaksa meletakkan calon yang boleh dipercayai iaitu Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib berikutan ketidakpercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin. Muhyiddin sangat dikenali sebagai orang kuat Abdullah, namun selepas mengkritik keras kepimpinan Abdullah dan menggesa peralihan kuasa disegerakan, akhirnya Muhyiddin kini bukan menjadi pilihan kepada dua pemimpin utama Umno masa kini.
Walaupun Muhyiddin mendapat pencalonan tertinggi bagi Timbalan Presiden, namun Najib sendiri pastinya merasai kehadiran Naib Presiden Umno itu sebagai orang nombor dua Mac ini, akan memberi tekanan kepadanya
Akhirnya, Najib sendiri terpaksa menggunakan dua orang kuat Abdullah (Muhammad Taib dan Ali Rustam) sebagai calon yang dirasakan tidak memberi tekanan kepadanya untuk mentadbir Umno penggal akan datang
Wednesday, November 19, 2008
Wednesday, November 12, 2008
Kerajaan dipersoal kos projek 'High Speed Broadband' tinggi
Kos perbelanjaan Projek 'High Speed Broadband' yang dijalankan Telekom Malaysia lebih mahal iaitu melebihi RM11 bilion, sedangkan terdapat kaedah lain yang jauh lebih murah dari itu.
Terdapat kaedah yang lebih murah iaitu tidak sampai RM5 bilion, iaitu 'Digital Power Line' (DPL) yang boleh dimanfaatkan kerajaan di saat krisis kewangan melanda.
Dalam masa yang sama, kerajaan boleh terus memberi peluang perniagaan kepada TNB agar mereka boleh menyewa kepada mana-mana syarikat komunikasi yang menggunakan DPL ini. "Kaedah DPL ini menggunakan teknologi digital dengan menggunakan tenaga fiber optik sedia ada, tanpa perlu membina infra baru yang jauh lebih mahal,"
Sekiranya kaedah DPL ini digunakan, kerajaan dapat mengurangkan kos seperti kos pembaca meter, selain boleh membuat kaedah 'top up' seperti telefon.

Dengan menggunakan projek TM ini, aliran kewangan negara akan ke luar kerana terpaksa membeli peralatan dari luar, sedangkan kerajaan tidak perlu berbuat demikian jika memanfaatkan kaedah DPL.
"Apabila kita membeli peralatan dari luar, kita terus menjadi pengguna teknologi, sedangkan teknologi kita ada. Mengapa tidak kita membangunkan teknologi? Memang 'High Speed Broadband' itu perlu, tetapi ia tidak menyeluruh berbanding DPL yang lebih menyeluruh,"Monday, November 10, 2008
Ibadah Haji; Antara Amalan Yang Paling Utama
Hadith : |
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur). (al-Bukhari dan Muslim) |
| |||
|
Wednesday, November 5, 2008
Najib biadap, 'rakus' langgari peraturan Parlimen
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak diselar kerana kebiadapannya secara 'rakus' dan 'bulldoze' melanggari peraturan Parlimen dengan tidak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (Bajet) mengikut kelaziman yang dilakukan Menteri Kewangan sebelum ini.
Bakal Presiden Umno itu tidak membenarkan ahli parlimen meminta penjelesan sekaligus melambangkan betapa penakutnya pemimpin yang didakwa bakal menggantikan Perdana Menteri sedia ada.
"Bagaimana Najib boleh kemukakan fakta baru sedangkan kita membahaskan bajet 2009 yang telah dibawa ke Parlimen selama dua minggu. Kita tak boleh terima sikap dia yang tidak mahu menjawab soalan berbangkit,"
Sewajarnya Najib menunjukkan tauladan yang baik dengan memberi ruang kepada perbahasan supaya Pakatan Rakyat juga dapat memberi idea-idea dan membantu kerajaan dalam menangani kemelut ekonomi yang menekan negara dan rakyat jelata.
Sepatutnya Najib menjawab secara spesifik isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh Pakatan Rakyat seperti pembelian Eurocopter, pembelian Maybank dan KWSP yang ada kaitan dengan bajet 2009 sebaliknya secara sombong tidak mahu memberi penjelasan atas perkara terbabit.
"Ini contoh seorang bakal Perdana Menteri yang tidak bersedia bertanggungjawab dan penakut. Tidak ada wibawa langsung untuk memimpin negara jika Parlimen sendiri tidak dihormati,"
Bakal Presiden Umno itu tidak membenarkan ahli parlimen meminta penjelesan sekaligus melambangkan betapa penakutnya pemimpin yang didakwa bakal menggantikan Perdana Menteri sedia ada.
"Bagaimana Najib boleh kemukakan fakta baru sedangkan kita membahaskan bajet 2009 yang telah dibawa ke Parlimen selama dua minggu. Kita tak boleh terima sikap dia yang tidak mahu menjawab soalan berbangkit,"
Sewajarnya Najib menunjukkan tauladan yang baik dengan memberi ruang kepada perbahasan supaya Pakatan Rakyat juga dapat memberi idea-idea dan membantu kerajaan dalam menangani kemelut ekonomi yang menekan negara dan rakyat jelata.
"Ini tidak, kerajaan Barisan Nasional terus sombong menyatakan bajet 2009 tidak perlu berubah kerana ekonomi global yang meruncing tidak memberi kesan kepada negara tetapi dalam masa sama mengemukakan langkah-langkah dan fakta-fakta baru.
"Mana boleh kemukakan langkah dan fakta baru atas bajet yang telah lama di bahas dan esok Parlimen balik semula bincang bajet lama. Ini tidak pernah dibuat dan Najib sudah cipta sejarah yang dia langgari prosedur Parlimen,"Sepatutnya Najib menjawab secara spesifik isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh Pakatan Rakyat seperti pembelian Eurocopter, pembelian Maybank dan KWSP yang ada kaitan dengan bajet 2009 sebaliknya secara sombong tidak mahu memberi penjelasan atas perkara terbabit.
"Ini contoh seorang bakal Perdana Menteri yang tidak bersedia bertanggungjawab dan penakut. Tidak ada wibawa langsung untuk memimpin negara jika Parlimen sendiri tidak dihormati,"
Subscribe to:
Posts (Atom)