Wednesday, May 28, 2008

Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

Hadith :
Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “

(Bukhari)

Huraian
Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini. Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan. Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip Islam yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya nanti kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah, sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15). Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.

Tuesday, May 27, 2008

Umno tidak boleh jadi tunjang perpaduan

Umno tidak boleh menjadi tunjang kepada perpaduan di negara ini memandangkan masalah perpaduan dalam Umno sendiri tidak selesai.

"Sejak dahulu lagi ada sahaja pemimpin tertinggi Umno iaitu presidennya keluar Umno selepas melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan." Tun Dr Mahathir Mohamad turut bertindak demikian memandangkan kemelut kepimpinan Umno yang semakin meruncing.

Umno bertambah parah apabila bekas Setiausaha Agungnya, Tan Sri Sanusi Junid turut serta dengan Tun Mahathir yang bertindak keluar Umno baru-baru ini.

Hal ini perlu dipandang serius oleh seluruh rakyat betapa Umno sendiri yang menjadi 'kepala' kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menyelesaikan kemelut perpaduan dalam partinya sendiri.

Batu Puteh jadi putih mata

Pulau Batu Puteh kini sudah menjadi "pulau putih mata".

"Mana ada win-win?! Kononnya nelayan boleh pergi ke sana. Apa jaminan keselamatan nelayan-nelayan kita? Apa tindakan bila pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas nelayan kita?" beliau mempersoalkan sambil menegaskan isu perairan bukan isu nelayan tetapi isu wilayah negara ini. Image









"Apa jaminan Singapura tak tambak?" soal beliau sambil mengingatkan bahawa Singapura tetap meneruskan kerja-kerja menambak pasir sesuka hatinya walaupun dibantah.

Dewan Rakyat sendiri pernah membincangkan usul untuk membantah tindakan Singapura itu sejak dari tahun 1999 lagi

"Kelemahan kerajaan adalah kelemahan Umno,"

"Tak ada persediaan yang baik, akhirnya kita malu,"

Monday, May 26, 2008

TURUN PADANG!!!

TURUN PADANG...GAMBAR SEKITAR PASAR POKOK SENA..

Wednesday, May 21, 2008

KENYATAAN MEDIA (16 MEI 2008)

DEDAH LAPORAN SURUHANJAYA VIDEO LINGAM: AGENDA SIAPA?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius pendedahan kandungan Laporan Suruhanjaya Diraja tentang Klip Video Lingam oleh media massa, khususnya Kumpulan NSTP baru baru ini. Seperti yang dimaklumi umum bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-raja mahupun Kabinet belum membuat keputusan sama ada mahu mendedahkan atau tidak laporan ini kepada umum. Perdana Menteri sendiri sebelum ini memberitahu kerajaan akan mengkaji sama ia perlu didedahkan atau sebaliknya. Tetapi, yang menjadi persoalan bagaimana hasil siasatan tersebut boleh didedahkan lebih awal oleh media massa.

Umum mengetahui bahawa Kumpulan NSTP adalah antara akhbar yang dimiliki oleh Umno dan kumpulan tertentu dalam Umno dikatakan menguasai media ini. Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membangkitkan tentang perlantikan Datuk Kalimullah sebagai ketua pengarang kumpulan akhbar ini. Dan baru baru ini, beberapa akhbar utama NSTP seperti Berita Hatian dan New Straits Times telah membuat pendedahan terhadap laporan siasatan diraja ini dengan mendakwa dua kroni Dr Mahathir, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Tan Sri Vincent Tan sebagai terlibat teradap usaha mempengaruhi perlantikan hakim.

PAS melihat pendedahan ini sebagai mewakili satu agenda politik dalaman Umno dengan mengalihkan hasil kajian untuk memulihkan sistem kehakiman kepada agenda untuk memulihkan masalah dalamn Umno. Kita tidak pasti sama ada laporan ini bertujuan ’mengenakan’ Dr Mahathir atau ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan calon proksi Dr Mahathir, tetapi yang pasti ia adalah agenda untuk memerkukuhkan pengaruh pihak tertentu dalamUmno. Pada hari ini walau apa pun yang dilaporkan oleh media, hakikat wujudnya persaingan pengaruh dalam Umno amat ketara. Kini ada di kalangan mereka cuba mengalihkan isu siasatan pita video ini untuk kepentingan politik Umno.

PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu ang cuba menggunakan media bagi membangkitkan isu yng sebenarnya masih menjadi ’rahsia negara’. Adakah ini satu pedekatan politik BN ketika mereka sedang tersepit antara kemaraan Pakatan Rakyat dengan pergolakan dalaman Umno/BN. Isu Lingam ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan masalah Umno, melainkan untuk membersihkan institusi kehakiman semata-sama. Jadi mengapa ada usaha dari tangan-tangan ghaib untuk mempergunakan media bagi menjerat pihak tertentu dalam usaha memperkukuhkan pengaruh masing-masing dalam Umno. PAS bimbang sekiranya isu ini menjadi agenda politik yang sempit dan akhinya tujuan asal untuk membersihkan institusi kehakiman bertukar menjadi agenda untuk membersihkan pengaruh kumpulan tertentu dalam Umno

Wednesday, May 14, 2008

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat bagi Pokok Sena.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, bismillahirrahmannirahim. Saya ucapkan
terima kasih kerana peluang diberikan untuk turut membahas ucapan Titah Ke bawah
Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan saya hendak ucapkan tahniah kepada kawankawan
di sebelah sana khususnya kepada ahli UMNO selamat hari jadi UMNO yang ke-
62. Cuma sebagai peringatan saya kepada kawan-kawan apabila umur UMNO sudah 62
ini, supaya kepimpinan UMNO jadilah orang tua dalam hendak menguruskan, hendak
mengendalikan persoalan pembinaan, dan pembangunan masyarakat dan negara kita.
Kita tidak boleh jadi orang tua yang panas baran.
Tetapi kita jadi orang tua yang banyak penyabar yang banyak untuk cari jalan
untuk jalan penyelesaian kepada krisis-krisis yang berlaku dalam negara kita. Bukannya
kita hendak menghangatkan lagi suasana yang akan akhirnya menimbulkan suasana
porak-peranda dalam negara kita. Saya menyentuh ini kerana apa yang saya lihat
bahawa akhir-akhir ini saya lihat UMNO yang diberikan tugas tanggungjawab untuk
menerajui kepimpinan kerajaan negara kita ini, tidak bertindak seperti mana orang tua
yang penuh dengan pengalaman dan kematangan dalam berfikir dalam mengambil
langkah-langkah dan tindakan-tindakan apatah lagi dalam beberapa peristiwa krisis yang
berlaku selepas daripada pilihan raya.
Kita lihat bahawa beberapa kenyataan yang dibuat umpamanya pelantikan JKK
dilantik semula untuk diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan. Saya kira bahawa ini
menggambarkan tindakan panas baran daripada kepimpinan kerajaan yang memerintah dalam negara kita pada hari ini. Sebab bagi saya bahawa ini seolah-olahnya tidak
menghormati keputusan pilihan raya yang telah pun dibuat oleh rakyat dalam lima negeri
yang diperintah oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat ini. Saya kira juga bahawa
beberapa perkara lain termasuk walaupun perkara JKK ini satu benda yang kecil, tetapi
saya melihat bahawa seolah-olah kerajaan tidak bersedia untuk menerima secara
terbuka keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.
Begitu juga dengan peristiwa sejak daripada tahun 1990 Kerajaan Kelantan
dinafikan kemudian peristiwa perampasan royalti minyak sewaktu kerajaan memerintah
sebelum ini, ini menggambarkan tidak ada kesediaan untuk mereka. Begitu juga dengan
beberapa kenyataan yang pernah dibuat selepas 1999 ada doktor-doktor, peguampeguam
yang menjadi panel kepada agensi-agensi kerajaan yang dinafikan hak mereka
kerana didapati mereka menyokong pembangkang pada waktu itu.
Jadi saya lihat bahawa ini menggambarkan ketiadaan kematangan dan
menggambarkan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan menunjukkan bahawa
mereka tidak boleh terima keputusan pilihan yang dibuat oleh rakyat, tidak boleh terima
kekalahan yang telah pun dilakukan oleh rakyat dalam pilihan raya baru-baru . Begitu
juga bagi saya bahawa, apa yang berlaku pada akhir-akhir ini, khususnya, cara dan
pengendalian yang dibuat oleh kepimpinan negara dalam menguruskan sesuatu perkara
itu tidak menggambarkan kecermatan dalam mengambil tindakan. Umpamanya kes
yang berkaitan dengan Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor.
Saya minat maaf, saya terpaksa sebut perkara ini walaupun saya tidak begitu
setuju dengan cara tindakan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor, tetapi
saya menggambarkan bahawa apa yang dikendalikan oleh kerajaan tidak
menggambarkan kejujuran dan keikhlasan mereka dalam hendak mengendalikan
persoalan-persoalan seperti ini. Sebab bagi saya bahawa sepatutnya apa salahnya
kalau mereka boleh berunding, bertanya secara jujur kepada Yang Berhormat bagi Bukit
Gelugor? Sebab saya mempersoalkan jujurkah UMNO kononnya mengatakan bahawa
mereka hendak melindungi Institusi Raja-raja Melayu. Ikhlaskah UMNO mengatakan
bahawa mereka hendak melindungi Institusi Raja-raja Melayu?
Sedangkan rakyat tidak boleh melupakan peristiwa bagaimana krisis
perlembagaan beberapa tahun yang dahulu, bagaimana kepimpinan UMNO yang buat
road show seluruh negara membogelkan Raja-raja Melayu di hadapan di khalayak
ramai? Menelanjangkan Raja-raja Melayu hanya kerana satu insiden yang berlaku di
selatan tanah air. S
ebab tiba-tiba pada hari ini, mereka cuba hendak menggambarkan
kepada orang Melayu, kepada rakyat kononnya mereka hendak melindungi Institusi
Raja-raja Melayu. Sebab itu saya melihat bahawa isu ini tidak boleh dikendalikan dalam
bentuk yang sebegitu rupa yang akhirnya kita lihat bahawa UMNO cuba menghangatkan suasana ini untuk menimbulkan satu keadaan yang boleh menyebabkan porak-peranda
di kalangan hubungan antara kaum dalam negara kita.

PM guru derhakai Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Jika Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dianggap menderhakai Raja-Raja Melayu, guru beliau dalam melakukan tindakan itu ialah Perdana Menteri sendiri, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Guru derhaka ialah Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil merujuk tindakan Perdaan Menteri membantah keputusan Raja Perlis dan Sultan Terengganu dalam soal perlantikan Menteri Besar.

Dalam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah keputusan Sultan Terengganu, para penyokong bertindak sehingga ke peringkat menghina Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Antaranya memasang kain rentang yang tertulis "Kami nak Idris, natang!". Perkataan natang dalam loghat Terengganu bermaksud binatang.

Perdana Menteri tidak dilaporkan membuat sebarang kenyataan membantah tindakan itu serta lain-lain tindakan yang menderhakai Sultan Terengganu oleh para penyokongnya.

"Umno yang jadi guru," katanya lagi.

Beliau mengingatkan Umno jangan nak menunjuk-nunjukkan kesetian kepada Raja-Raja Melayu untuk kepentingan politik parti itu.

Beliau juga menyeru parti yang dipimpin Perdana Menteri itu supaya bersikap jujur dan ikhlas kepada raja-raja. Sambil memuji sikap Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) dan Datuk Anifah Aman (Kimanis) yang bercakap secara terus-terang dalam menyampaikan rasa tidak puas hati rakyat Sabah terhadap kerajaan pusat, Mahfuz mengingatkan ahli-ahli Umno supaya jangan menjadi gajah sarkas. "Gajah sarkas kalau tauke kata duduk, dia duduk; tauke kata report, dia report dan kalau tauke suruh buat pertunjukan di balai-balai polis, dia akan buat," katanya. Abdullah Jumaat lalu mengarahkan Umno membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh ekoran kenyataannya yang mempersoal bidang kuasa Sultan Perak.

Thursday, May 8, 2008

Mahfuz ingatkan kerajaan bijak kendalikan sumber minyak sawit

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) mengingatkan kerajaan agar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap keperluan menjadikan sumber komoditi sawit sebagai satu keperluan makanan dan bahan api (Biodiesel).

Menurutnya, dalam keadaan dunia kini menghadapi krisis bekalan makanan yan meruncing, Malaysia perlu bijak memastikan sumber bahan makanan termasuk hasil dari sawit ini tidak menjejaskan keperluan bahan makanan.

Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Peter Chin Fah Kui semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, mutakhir ini ada kecenderungan pihak pengeluar menggunakan sawit sebagai bahan api (biodiesel), malah ada kajian di barat kini yang mahu menggunakan padi dan jagung sebagai bahan api.

Hal ini katanya akan menyumbang kepada krisis makanan yang bakal memangsakan Malaysia antara negara yang mempunyai industri perladangan sawit yang terkemuka.

Menjawab soalan itu Chin Fah Kui berkata, kerajaan sentiasa memantau perkembangan itu dan memastikan bekalan minyak sawit bagi kegunaan industri makanan terjamin.

KERATAN DIALOG PERBAHASAN DI DEWAN RAKYAT PADA 6/5/08

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]:Terima kasih Yang Berhormat
Kubang Kerian,Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mintak penjelasan daripada Yang
Berhormat bahawa adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sepatutnya kerajaan telah
pun menyedari sewaktu tamat tarikh tempoh penswastaan yang diberikan hak
pengimport beras selama 15 tahun yang berakhir pada tahun 2007.
Sepatutnya kerajaan
telah lama menyedari kegagalan BERNAS ini telah timbul pelbagai-bagai isu apabila
BERNAS pada hujung tahun yang lalu membawa masuk beras ke pelabuhan di Sabah
atau pun Sarawak tanpa permit dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Sepatutnya kerajaan telah pun menyedari kegagalan dan tipu muslihat dilakukan
oleh BERNAS. Sepatutnya kerajaan tidak menyambung untuk lima tahun lagi hak untuk
mengimport beras.
Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sepatutnya kerajaan
telah pun menamatkan hak mengimport itu dan kerajaan sepatutnya mengambil
tanggungjawab itu untuk memastikan food security, keselamatan pemakanan bahan
utama beras negara kita dapat dikawal dengan baik kerana BERNAS lebih
mengutamakan untuk kepentingan pemegang-pemegang saham mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]:Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Satu persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini ialah berkaitan dengan isu stockpile,
iaitu simpanan beras yang sepatutnya digunakan pada waktu-waktu yang tertentu.
Seperti mana yang berlaku sekarang, apabila berlaku kekurangan bekalan beras dan kita
telah pun melihat bagaimana India telah pun stop eksport berasnya ke negara kita dan
juga ke negara-negara luar. Begitu juga Vietnam dan Thailand saya difahamkan telah
pun mengurangkan jumlah eksport beras keluar daripada negara mereka untuk
menjamin soal security ataupun keselamatan makanan dalam negara mereka.

Jadi isunya sekarang Tuan Yang di-Pertua ialah, saya katakan bahawa
sepatutnya harga tidak boleh naik secara begitu mendadak. Bagi saya bahawa
sepatutnya ada perancangan jangka panjang masa depan yang telah dibuat sebelum ini,
tetapi dalam konteks semasa ini sepatutnya beras tidak boleh naik secara mendadak
sehingga boleh dikatakan tiga hari sekali, empat hari sekali naik.
Hari ini pun berlaku lagi
kenaikan harga daripada kilang khususnya. Sebab kalau kita betul-betul mempunyai
stockpile yang sepatutnya 92,000 tan, sepatutnya saya katakan bahawa stockpile inilah
yang boleh digunakan untuk dilambakkan dalam pasaran untuk memastikan supaya
harga itu dapat distabilkan, dan sekali gus kalaupun untuk menghadapi kenaikan harga
pasaran beras dunia, satu peringatan ataupun signal awal dapat diberitahu kepada
pengguna, bahawa sekurang-kurangnya tiga bulan akan datang maka harga beras
kemungkinan akan berlaku.
Sebab saya sendiri pun tidak tahu berapa stockpile untuk
tempoh berapa bulan. Adakah tiga bulan, adakah enam bulan? Tetapi yang saya
difahamkan tiga bulan.
Maknanya kalau tiga bulan sepatutnya tiga bulan daripada
kenaikan pasaran harga dunia, ini barulah harga dalam negara kita boleh dinaikkan,
sebab kita mempunyai stockpile untuk dilambakkan bagi mengatasi masalah-masalah ini.

Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Mohon penjelasan

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Persoalan ini, maaf masa saya
lima minit sahaja. Persoalan sekarang ini, soal stockpile ini, apakah Bernas telah
menggunakan stockpile ini untuk membina keuntungan yang lumayan, sebab stockpile
ini dibeli ataupun sekurang-kurangnya diambil dalam tiga bulan yang lalu pada waktu
harga ketika itu masih rendah.
Jadi bila berlaku kenaikan harga pasaran antarabangsa lalu stockpile itu
digunakan sendiri oleh BERNAS, tetapi saya tidak pasti adakah ini digunakan ataupun
stockpile memang tidak ada. Sebab saya mengatakan bahawa kalau mengikut rekod
yang ada kepada saya ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa stockpile dahulunya disimpan di
gudang-gudang besar. BERNAS ataupun LPN dahulu ada gudang besar.
Sekarang ini
ada gudang dan kilang. Kilang kecil, gudang besar. Kilang ini hanya belian, kemudian
untuk kisar beras-beras tempatan, tetapi setakat yang saya tahu bahawa sebahagian
daripada gudang-udang besar itu telah pun ditutup umpamanya gudang seperti di Perai,
di Teluk Intan, Pelabuhan Klang, Senawang, Lendau, Melaka, Temerloh, Pasir Gudang,
gudang-gudang di Sabah kemudian diserahkan kepada anak syarikat, kemudian gudanggudang
lain seperti Anak Bukit, Parit Buntar, Bagan Serai telah dirobohkan ataupun
ditutup untuk dibuat pembangunan yang lain.
Sebahagian daripada gudang-gudang dan kilang milik LPN dahulu diserahkan
kepada anak-anak syarikat ini, dan saya tidak pasti sama ada kerajaan melalui kawal
selia padi telah membuat spot check ataupun membuat semakan tentang soal ini. Jadi sebab itu kalau kita lihat daripada pengarahan yang telah dikeluarkan oleh pihak
kerajaan pada...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat sedikit lagi masa

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]:Ya, ya sedikit lagi. Yang
dikeluarkan pada 3 hari bulan baru-baru ini, iaitu pada 12 April dikeluarkan kepada
Pengarah Urusan BERNAS yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi,
iaitu mengarahkan supaya pihak BERNAS mengeluarkan beras Super Tempatan 15% di
kompleks-kompleks BERNAS tetapi ini tidak berlaku. Beras 15% hancur ini tidak
berlaku. Maknanya kalau wujud pun terlalu kecil jumlahnya, tetapi tidak ada sebarang
tindakan diambil terhadap kilang-kilang anak-anak syarikat daripada BERNAS ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:Okey
Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]:Jadi ini bermakna saya
mempersoalkan juga ialah kementerian khususnya pihak kawal selia padi ini. Terima
kasih.

Kerajaan wajar pertimbang tuntutan gaji minimum MTUC

Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa agar melihat secara serius tuntutan gaji minimum yang dibuat oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu himpunan di hadapan Parlimen semalam. Pihak berkuasa tidak boleh menghalang kelompok MTUC ini dari menyuarakan tuntutan mereka di Parlimen.

Ini kerana Parlimen adalah tempat dimana dewan tertinggi yang membincangkan semua hal mengenia polisi negara yang membabitkan kepentingan seluruh rakyat, katanya semasa ditemui di Parlimen bagi mengulas himpunan yang diadakan kira-kira 200 anggota MTUC di hadapan Parlimen semalam.

"Tuntutan MTUC wajar untuk dipertimbangkan dalam keadaan kos sara hidup meningkat.

"mereka tuntut gaji minima.Tak wajar kini ada orang yang bekerja dalam sektor-sektor yang mempunyai saiz yang besar tiba-tiba mereka diberi gaji rendah bawah RM900

"Dan dalam masa sama pelabur-pelabur yang besar ini mengaut keuntungan hasil dari menggunakan tenaga kerja yang murah di kalangan pekerja tempatan

Dalam keadaan mereka meraih untung besar itu, kelompok pekerja pula berhadapan dengan beban hidup yang meningkat yang terpaksa ditanggung

Tak wajar bila kerajaan nak menyekat golongan ini dari mendapat pembelaan sewajarnya di Dewan Rakyat yang akan disuarakan samada melalui kerajaan mahupun pembangkang

Sementara itu Presiden MTUC, Syed Shahir Syed MOhamood yang mengulas mengenai memorandum tuntutan badan itu yang diserah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz Nazri berkata, menteri itu berjanji akan memberikan memorandum terbabit kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet lain.

Memorandum serupa diserahkan kepada semua ahli Parlimen baik kerajaan mahu pun pembangkang, ujarnya.

Menurut Syed Shahir lagi, kandungan memorandum tersebut sama dengan yang diberikan kepada Perdana Menteri pada 18 Jun lalu.

Katanya, memorandum kedua itu dihantar kerana pihaknya tidak mendapat respons positif dari kerajaan mengenai tuntutan tersebut.

Menurut Syed Shahir di kalangan negara-negara Asean hanya Malaysia yang tidak mengamalkan pembayaran gaji minima.

Hujah bahawa pelaksanaan pembayaran gaji minima dan Cola akan menyebabkan kenaikan harga barangan adalah hujah yang dangkal, katanya.

Sedangkan katanya dalam hal ini bukan kerajaan yang membayar gaji sebaliknya majikan.

Menurutnya, ketika ini kira-kira 1.67 juta pekerja mendapat pendapatan bulanan kurang daripada RM700 sebulan (lebih rendah daripada paras kemiskinan iaitu RM900).

"Sama ada kami (MTUC) akan buat lagi atau tidak perhimpunan aman yang sama, ia bergantung kepada respons kerajaan. Ini bukan hobi tetapi merupakan satu tanggungjawab.

"Ini bukan mencari kepentingan politik tetapi satu komitmen kepada kaum pekerja di negara ini," katanya lagi.

Kandungan memorandum tersebut turut membantah pindaan akta perhubungan dan akta kesatuan sekerja yang boleh menjejaskan kepentingan pekerja dan kesatuan sekerja.

Wednesday, May 7, 2008

Mukriz mulakan 'serang hendap' terhadap PM dalam isu BSA Tahir?

Sekonyong-konyong anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukriz (BN Jerlun) bertanyakan soalan dalam sesi soalan dan jawab lisan di Dewan Rakyat mengenai persoalan mengapa BSA Tahir dianggap sebagai pengancam kepada keselamatan negara hingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Meskipun sebelum ini rakyat mengetahui ISA bukan sahaja digunakan di zaman kepimpinan Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi ianya digunakan sejak ia digubal pada tahun 1960 termasuk semasa zaman pemerintahan bapanya.

Namun tindakan ke atas BSA Tahir tetap menjadi perbualan hangat kerana isu ini tentunya boleh mengusarkan 'kerajaan tiga beranak' yang sering dipertikai Mukriz dan bapanya (Tun Dr Mahathir).

BSA Tahir amat dikenali sebagai tahanan ISA yang kini meringkuk di kem Tahanan Kamunting (Kemta) kerana didakwa terbabit dengan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual komponen nuklear kepada beberapa negara.

Pastinya pejuang anti ISA paling tidak lupa kepada satu dakwaan yang pernah mengaitkan antara anak Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah dengan BSA Tahir.

Ketika itu pejuang anti ISA mempertikaikan bagaimana Kamaluddin terlepas dengan akta tersebut sedangkan beliau didakwa ada kaitan dengan BSA Tahir.

Begitupun Menteri Dalam Negeri (KDN), Syed Hamid Albar hari ini sedikitpun tidak menyentuh soal pembabitan tersebut malah menyatakan bahawa BSA Tahir sebenarnya ditahan kerana dakwaan pembabitan dengan sebuah rangkaian yang mahu membangunkan nuklear.

Kata Syed Hamid, resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa konvensyen lain menghalang negara-negara lain membangunkan kuasa nuklear.

Tindakan menahan BSA Tahir di bawah ISA adalah bagi menghalang berlakunya ancaman terhadap soal keselamatan negara selain memastikan kepentingan negara diutamakan, kata Syed Hamid.

Mengulas isu ini, Mahfuz Omar (bekas tahanan ISA) yang kini menjadi ahli Parlimen Pokok Sena berkata, penahanan BSA Tahir adalam untuk menutup mulut beliau berhubung penglibatan tahanan ISA itu dalam syarikat milik anak Perdana Menteri (Scomi).

"Saya kira adalah tidak wajar untuk beliau ditahan dalam keadaan tidak ada tindakan dibuat ke atas Kamaluddin dan syarikat tersebut sedangkan beliau dikatakan ada kaitan antara mereka,"

"Adalah tidak adil kita mangsakan BSA Tahir hanya kerana tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat.Berilah pengadilan kepada BSA Tahir, kalau betul ada kesalahan yang jelas dilakukan dan biarlah mahkamah yang menentukan jika beliau bersalah.

"Paling tidak pun pengadilan perlu diberikan untuk setidak-tidaknya mengetahui untuk apa komponen nuklear itu dihantar ke Libya, dan siapa yang terbabit," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sekali-kali tidak pernah bersetuju dengan penggunaan ISA ke atas mana-mana individu dalam negara ini.

Baginya tidak kira siapa yang bersalah, atau disyaki bersalah mereka perlu dihadapkan di mahkamah terbuka untuk diadili.

Namun penggunaan ISA kini hanyalah untuk menutup beberapa perkara yang mungkin akan memberi kesan kepada kepentingan politik pemerintah sahaja, kata Mahfuz.

Beliau seterusnya memuji keberanian Mukriz dalam bertanyakan soalan yang sebenarnya adalah dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan BN.

Baginya sikap berani ahli Parlimen Jerlun ini boleh dicontohi oleh ahli Parlimen BN yang lain, dan beliau percaya soalan itu adalah soalan yang lahir dari Mukriz sendiri.

Namun Mahfuz tidak mahu mengulas kemungkinan soalan itu ditujukan MUkriz sebagai polemik kepada Perdana Menteri selepas umum mengetahui 'perang dingin' antara Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri.

KERATAN DIALOG PERBAHASAN DI DEWAN RAKYAT

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya kata bahawa jika sekiranya, jika sekiranya keadaan kembali
reda, maka seseorang yang ditahan di bawah ISA ini, pertama janganlah kerana dia itu ditahan
kerana faktor dia itu faktor politik. Faktor politik tetapi jikalau sekiranya dia terus juga
mengadakan perhimpunan dan boleh menimbulkan keresahan, boleh menimbulkan apa yang
dipanggil sebagai pergaduhan, maka...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: ...wajar ISA itu digunakan untuk membuat
pengasingan kepada dirinya terlebih dahulu dan dia Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan
di sini bahawa dia tidak boleh ditahan lama. Takkan lah sampai enam tahun dan sebagainya.
Yang ini kita tidak setujulah kalau terus berlaku.
Tuan Yang di-Pertua: Mahu beri laluan?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya, sila.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih. Saya mangsa ISA. Isu
penyalahgunaan kuasa, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa memang berlaku selama ini
penyalahgunaan kuasa untuk menahan orang-orang yang menjadi musuh politik kepada
kerajaan yang memerintah? Saya tunjuk contoh dalam Operasi Lalang yang membabitkan saya,
Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur dan beberapa orang lagi yang
pada waktu itu ialah krisis yang berlaku ialah krisis kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan
juga kepada kepimpinan MCA pada waktu itu.
Saya kira bahawa yang terlibat dalam melakukan mobilisasi terhadap kaum masingmasing
pada waktu itu ialah di kalangan pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri
yang ada sekarang dan juga bekas Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung MCA pada waktu
itu Datuk Lee Kim Sai tapi akhirnya yang menjadi mangsa untuk dihumban ke dalam kem
tahanan Kemunting ialah kami tetapi kedua mereka ini diberi cuti rehat di Australia. Adakah ini
menunjukkan bahawa berlaku pewujudan penyalahgunaan kuasa terhadap ISA pada waktu itu?
[Tepuk]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan sikit sahaja. Sikit
sahaja. Pembetulan fakta. Saya juga bersama dengan Yang Berhormat, juga ditahan semasa
Operasi Lalang tapi kalau Yang Berhormat kata Operasi Lalang itu berlaku disebabkan hilangnya
kepercayaan kepada kerajaan, tak betul. Peristiwa yang berlaku pada masa itu ialah timbulnya
rasa resah di antara kaum disebabkan adanya pihak yang mempersoalkan orang Melayu sebagai
peribumi di dalam negara kita ini dan kita Pemuda UMNO berhimpun di TPCA adalah untuk...
Tuan Yang di-Pertua: Soalan, soalan.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tak saya membetulkan fakta.
cDR. 5.5.2008
122
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: ...tidak ada peruntukan untuk point of penjelasan
atas point of penjelasan. Tak ada...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini fakta misleading dengan izin
Tuan Yang di-Pertua. Misleading.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak tolong...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau boleh, ini fakta. Ini tak betul,
ya. Jadi jangan mengelirukan Dewan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tadi saya pun terpaksa duduk.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, dia mengaku
bahawa memang wujud pada waktu itu penglibatan UMNO dalam melakukan isu-isu perkauman.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dulu. Sila duduk.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kenapa Pas, kami tidak terlibat pada waktu
itu.

Friday, May 2, 2008

Menjalankan Pemerintahan Mengenai Urusan Umat Islam

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.”
Riwayat Abu Daud

Huraian
i) Berdisiplin ketika bekerja merupakan kekuatan yang menggerak kepada kejayaan dan kemenangan.
Ii) Dalam melakukan urusan dengan orang ramai (masyarakat) perlulah dilakukan dengan adil dan menyesuaikan keutamaan tanpa ada perasaan pilih kasih dan sebagainya. Jika tidak akan berlakulah kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain.
iii) Oleh itu untuk mendapatkan ganjaran ibadah dalam setiap kerja yang dilakukan patuhilah peraturan dan arahan dengan baik serta melaksanakan sesuatu tugas dengan tertib dan beradab dengan menjaga tentang aspek pengurusan waktu yang telah ditetapkan. Dengan itu kita akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang selayaknya di akhirat nanti.