Saturday, July 31, 2010

SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI

Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

UPSR + PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/desil gas masak dan gula naik lagi;
RM222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri .....

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ punya hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M d Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Kepada BN undi mereka beri;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri ....

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri;
Bercuti bukan dengan duit sendiri;
Ambil duit rakyat dan negeri;
Inilah KPI Perdana Menteri.


kalau nk sambung seloka ni pun bole jgk...
;))

13 comments:

  1. PM bercuti lagi,

    Bersama dengan istri yang di sayangi,

    Kalau bershoping kena hati hati,

    Nanti terjatuh macam subsidi.

    ReplyDelete
  2. mahfuz hg ada kucing tak?
    kalau ada la
    aku rasa kot kucing hg tercekik masa tgh makan pun
    hg akan salahkan PM
    betui ka?

    bukan susah jadi pembangkang ni...
    bangkang ja apa2 asal dr gment
    mulut hg memang ceempiyon la
    tahap gaban...

    ReplyDelete
  3. Super, Hang ada Anjing tak? kalau ada macam rupa lu la 2.

    ReplyDelete
  4. PM bercuti Lagi,

    Dr Rita tak sedar diri,

    Hazad dengki memakan diri nya sendiri,

    Munkin dia sudah nak mati?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. PM bercuti lagi..
    ada orang jeles dan dengki..
    termasuk la org di Kunak tak sedar diri,,
    mungkin dia hanya makan gaji,,
    dia hanya mampu pakai coli,,
    dan cawat kotor penuh berdaki...

    ReplyDelete
  7. PM bercuti lagi,

    Orang Pakatan tak suka sakit hati,

    Perjuangan Pakatan hanya nak merakyatkan ekonomi,

    Walau pun orang Pakatan mampu pakai coli,

    Tapi hasil keringat sendiri,

    Jangan sahaja kita bermewah meningi diri,

    Tapi makan hasil subsidi.

    ReplyDelete
  8. Suara Rakyat Kunak, selama bertahun-tahun ini awak dah enjoy subsidi, tak malu ke? Bila puak DAP ajar tak boleh dapat subsidi maka seperti burung kakak tua orang macam awak pun ikut lah menyanyikan lagu yang liriknya ditulis oleh DAP. Masih tak tahu perangai hasad dengki puak DAP.

    ReplyDelete
  9. PM bercuti lagi,

    Azora nama di kenali,

    Ribut tak ada, taufan tak ada datang menyibuk sendiri,

    Laman ini laman berpuisi,

    Jangan menyampuk, tak sedar diri.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. PM bercuti lagi,

    Pergi bercuti dengan Istri,

    TPM jadi penganti,

    Semuga Malaysia aman abadi.

    ReplyDelete
  12. PM bercuti lagi
    Entah dimana rakyat tak dihabari
    Semua main teka-teki
    Senyap sunyi radio dan TV

    PM bercuti lagi
    Tiada lagi gambar di TV
    Tiada suara di radio setiap pagi
    Rupanya PM pergi bercuti

    Macam macam orang spekulasi
    Kenapa PM pergi bercuti
    Duiti,daki duniahi
    Duiti nahi,Mahabbat chalohi
    PM bercuti lagi

    I Malaysia mula dipersoali
    Lepas seorang, seorang cakap lagi
    Apa dah nak jadi
    PM bercuti lagi......

    Sampai bila semua nak berpuisi?
    Tunggu PM balik dari bercuti ?
    Atau tunggu bila nak umumkan lagi?
    Tarikh baru Pilihanraya lagi !
    Rupanya PM masih bercuti !

    Lama lah kami ternanti-nanti !
    Bila PM akan balik bercuti?
    Rindu semua bukan kepalang lagi
    Nak tengok PM 1 Malaysia lagi.

    ReplyDelete
  13. PM bercuti Lagi,

    Untuk Menjauhkan Akibat Penarikan Subsidi,

    Kalau Pemimpin Bijak Pandai,

    Bukan Rakyat Yang Di Hianiti,

    Rakyat Menentukan Pemimpin Berdiri,

    PRU Ke 13 Sebagai Bukti,

    Apa Kah UBN Dapat Mempertahankan Diri?

    ReplyDelete